Pengeluaran KWSP Untuk PTPTN Bayaran Guna Akaun 2

Pengeluaran KWSP untuk PTPTN. Mungkin ramai yang tidak sedia maklum mengenai perkara ini. Ini adalah berita baik untuk anda, pembayaran PTPTN boleh dibuat menggunakan wang simpanan anda di Akaun 2 KWSP.

Hutang PTPTN wajib bayar, dan kegagalan membayarnya bukan sahaja salah di sisi undang-undang dan etika tetapi juga salah disisi agama.

Jika anda gagal membayarnya anda mungkin akan berhadapan tindakan disenarai hitam oleh pihak imigresen Malaysia dan CCRIS.

Pengeluaran KWSP Bayar PTPTN

Di sini kami kongsikan cara dan kelebihan membayar pinjaman PTPTN anda menggunakan KWSP.

Sebelum itu semak dahulu baki Akaun 2 KWSP sama ada cukup atau tidak.

Untuk membayar baki pinjaman PTPTN anda menggunakan KWSP anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah;

Langkah #1 – Aktifkan i-Akaun KWSP Anda

Anda perlu buat melalui sistem e-Pengeluaran. Ini bermaksud anda perlu aktifkan i-Akaun dahulu. Jika belum sila berbuat demikian dengan melawat mana-mana kiosk KWSP atau kaunter KWSP yang berdekatan.

Anda juga boleh hubungi Pusat Pengurusan Hubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk mendaftar.

Anda akan menerima kod pengaktifan melalui SMS. Anda gunakan kod tersebut untuk masuk ke laman portan KWSP dan layari ‘Login Ahli’

cara mengeluarkan wang KWSP untuk bayar PTPTN

Ikuti langkah-langkah seterusnya dengan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan.

Sila rujuk video di bawah untuk kefahaman yang lebih mengenai cara mengaktifkan i-Akaun KWSP anda.


Langkah #2 – Login i-Akaun KWSP

Selesai pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP anda, layari portal i-Akaun anda/ahli.

Di dalam itu nanti ada button/link ‘e-Pengeluaran’. Klik pada link permohonan baru untuk mulakan proses pengeluaran KWSP untuk bayar baki pinjaman PTPTN anda.

Langkah #3 – Tunggu Messege SMS Atau Inbox i-Akaun

Anda akan menerima messege SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun. Permohonan untuk e-pengeluaran biasanya tidak memerlukan masa yang lama untuk diluluskan jika jumlah wang dalam Akaun 2 KWSP anda mencukupi.

Prosesnya mungkin akan mengambil masa 2 hingga 3 hari atau kurang dari satu minggu.

Sebagai contoh anda akan mendapat mesej seperti di bawah.

Langkah #4 – Dokumen Sokongan Yang Perlu Disediakan

Di bawah adalah antara dokumen sokongan yang perlu anda sediakan untuk proses pengeluaran KWSP untuk bayar PTPTN.

  • Kad pengenalan (dengan salinan),
  • Dokumen Pengesahan Permohonan Pengeluaran,
  • Sijil / Skrol Ijazah, atau Diploma (dengan salinan),
  • Surat tunggakan PTPTN (kalau ada).

Langkah #5 – Pengesahan Cap Jari Di Kaunter KWSP

Selepas semua dokumen sokongan disediakan anda bolehlah bawa bersama ke mana-mana cawangan KWSP untuk sesi pengesahan cap jari.

Biasanya prosesnya tidak lama kerana anda akan mendapat nombor giliran ‘Fast Lane’.

Anda kena buat pengesahan cap jari dalam tempoh 14 hari sahaja. Jika selepas 14 hari anda belum datang buat pengesahan cap jari, permohonan pengeluaran anda akan dibatalkan secara automatik.

Langkah #6 – Semak Penyata Baki Pinjaman PTPTN Anda

Selepas semua proses di atas, sepatutnya KWSP akan terus salurkan bayaran kepada pihak PTPTN mengikut jumlah yang anda pohon dan diluluskan oleh pihak KWSP.

Jika semua proses telah selesai pihak PTPTN biasanya akan keluarkan dokumen/makluman rasmi mengesahkan pembayaran telah dilaksanakan kepada pihak PTPTN.

Anda akan mendapat email yang berbentuk seperti ini dari pihak PTPTN.

Kelebihan Bayar PTPTN Guna KWSP

Terdapat kelebihan yang boleh anda nikmati jika membayar pinjaman PTPTN menggunakan KWSP. Antaranya ialah seperti di bawah;

  • KWSP memberi kebenaran menggunakan Akaun 2 KWSP ibubapa untuk membayar pinjaman PTPTN anda.
  • Tiada had pengeluaran,
  • Boleh buat pengeluaran lebih daripada sekali (selagi Akaun 2 korang masih ada baki),
  • Tiada caj pemprosesan dikenakan,
  • Nikmati penjimatan kos upah / pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik

Soalan Lazim

Sila baca maklumat lanjut di bawah untuk pemahaman yang lebih menyeluruh dan terperinci.

  1. Apakah syarat-syarat untuk membuat bayaran balik melalui pengeluaran KWSP?
    Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

    1. Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
    2. Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
  2. Bagaimanakah kaedah permohonan pengeluaran Akaun II KWSP bagi tujuan pembayaran balik pinjaman PTPTN?
    • Permohonan pengeluaran Akaun II KWSP bagi bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui e-Pengeluaran di laman web KWSP. Peminjam hendaklah mempunyai i-Akaun KWSP untuk menggunakan e-Pengeluaran.

Semoga perkongsian info mengenai pengeluaran KWSP untuk PTPN ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.