Semakan Penyata KWSP Online Baki Terkini Akaun 1 & 2

Semakan penyata KWSP online. Tahukah anda bahawa KWSP ada menyediakan kemudahan semakan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Online?

Mungkin ada yang belum sedia maklum mengenai sistem aplikasi online i-Akaun KWSP. Melalui i-Akaun anda boleh membuat semakan penyata baki terkini KWSP Akaun 1 & 2.

jenis-jenis pengeluaran KWSP sebelum sampai umur bersara

Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Sebelum Bersara

Kali ini kami akan kongsikan dengan anda cara buat semakan penyata simpanan terkini KWSP anda melalui online.

KWSP i-AKaun Online

Sebelum anda boleh menggunakan sistem aplikasi i-Akaun, pencarum perlu terlebih dahulu mendaftar sistem i-Akaun.

Untuk mendaftar anda hanya perlu mengunjungi mana-mana kiosk KSWP untuk mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan (password) sementara melalui SMS.

Semua pencarum KWSP digalakkan untuk mendaftar KWSP i-Akaun untuk memudahkan anda memantau simpanan anda dari masa ke semasa.

Senarai Perkhidmatan i-Akaun

Di bawah disenaraikan jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan untuk para pengguna i-Akaun. Memang amat banyak dan memudahkan urusan KWSP anda.

Sila lihat senarai 8 fungsi penting i-Akaun di bawah;

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Semakan Penyata KWSP Online i-Akaun

Selepas anda memiliki/mendaftar di i-Akaun KWSP anda kini boleh menggunakannya untuk menyemak penyata anda secara online.

Apa yang perlu anda lakukan ialah layari lawan portal rasmi KWSP dan masukkan ID Pengguna dan kata laluan sementara yang anda terima melalui SMS semasa mengaktifkan i-Akaun anda.

Sila rujuk gambar di bawah;

Paparan seperti di atas akan muncul di screen komputer anda. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan sementara dan seterusnya klik ‘login’

Sila ikuti proses seterusnya di screen anda dengan teliti.

Untuk buat semakan anda perlu login semula ke sistem i-Akaun anda dan klik pada ‘Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya’

Penyata akan dipaparkan dengan maklumat terperinci seperti baki, caruman, dividen yang diterima dan juga baki simpanan KWSP Akaun 1 & Akaun 2 serta jumlah keseluruhan.

Semoga perkongsian info ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada kawan-kawan anda.