Peraturan Lampu HID kereta Diharamkan, Pemilik Boleh Dipenjara 6 Bulan, Denda RM2000

Peraturan lampu HID kereta diharamkan. Mungkin semua sudah tahu bahawa penggunaan lampu HID tidak dibenarkan. Pemilik kereta yang menggunakan lampu jenis ini boleh dipenjara 6 bulan atau denda RM2000. Isu ini sudah agak lama tetapi kita masih melihat ramai yang menggunak lampu HID di jalan raya yang sering menyebabkan kesulitan kepada pengguna yang lain. Rakyat Malaysia ini jenis yang perlu diingatkan secara berulang kali.

peraturan lampu HID kereta

Dalam kenyataannya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa pemasangan lampu HID yang tidak mematuhi spesifikasi adalah diharamkan kecuali penukaran keseluruhan sistem (whole-assembly) lampu tersebut dan telah mendapat akreditasi daripada SIRIM.

Apa Yang Dimaksudkan Lampu HID?

HID adalah singkatan kepada High Intensity Discharge headlamp. Lampu HID tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon.

Pemasangan lampu HID sebagai aksesori (Retrofit)adalah tidak dibenarkan.

Lampu HID yang dipasang sebagai aksesori dengan kuasa melebihi standara yang ditetapkan amat menganggu penglihatan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Itulah sebabnya penggunaan lampu HID diharamkan kerana ianya mendatangkan kemudaratan kepada pengguna jalan raya yang lain. Ianya boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Pada 19 November 2007, JPJ telah mengemaskini C&U dan memasukkan peraturan kawalselia terhadap penggunaan lampu HID di dalam Kaedah 96 (2)(i) yang menyatakan “sekiranya lampu HID digunakan, pemasangan,spesifikasi dan sistem lampu tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99”

Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori (Retrofit)boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu ‘keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan merbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya’, kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987.

Pemeriksaan terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit) dengan mengeluarkan notis larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) di bawah Seksyen 59 APJ 1987 bagi kes-kes yang dikesan sehingga akhir bulan November 2008.

Saman mula dikeluarkan peda Disember 2008 ke atas kenderaan yang tidak mematuhi peraturan pemasangan lampu HID iaitu pemasangan secara aksesori (retrofit)

Pemandu akan diberikan masa 10 hari untuk mengembalikan lampu kenderaan mereka kepada lampu asal. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemilik kenderaan didakwa.

Penguatkuasaan Pengharaman Lampu HID

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke, pemasangan lampu HID secara aksesori (retrofit) dengan kuasa melebihi standard ditetapka amat menganggu penglihatan pengguna jalan yang lain dan seterusnya berpotensi menyebabkan kemalangan jalan raya.

“Mana-mana kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara/sebagai aksesori retorit boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 . Ia ditafsirkan sebagai keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau memungkinkan bahaya kepada orang di dalam kenderaan atau di atas jalan raya,” ujarnya.

Katanya lagi, kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan di bawah seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di bawah undang-undang yang ditetapkan oleh United Nation Regulations, pemasangan lampu HID yang diluluskan diletakkan di bawah tiga pematuhan iaitu UNECE R48: Installation Of Light, UNECE R98: Gas-Discharge Headlamp serta UNECE R99: Gas-Discharge Headlamp Source dan pemasangan lampu HID yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kenderaan yang mematuhi standard disebutkan

Sebagai contoh, United Nation Regulations 48 (UNR48) yang berkaitan lampu kenderaan, lampu utama kenderaan hanya boleh menggunakan lampu dengan kadar pancaran cahaya (brightness intensity)maksimum 4,300K. Tetapi dalam pasaran, terdapat lampu HID yang mencecah sehingga 16,000K.

Semoga perkongsian info mengenai peraturan lampu HID kereta diharamkan ini bermanfaat kepada kita semua pengguna jalan raya. Jadilah pengguna jalan raya yang bertimbang rasa dan bijak.

Info Berkaitan: