Bantuan #SMART Sihat Selangor Untuk Rakyat Selangor

Bantuan #SMART Sihat Selangor untuk rakyat Selangor. Jika anda adalah penduduk lahir di Selangor atau telah lama bermastautin di negeri tersebut anda layak memohon bantuan #SMART Sihat Selangor ini.

Bantuan ini adalah inisiatif kerajaan negeri untuk mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah.

Di sini kami kongsikan infor cara memohon bantuan #SMART Sihat Selangor.

Bantuan Smart Sihat Selangor

Selain dari bantuan ini kerajaan juga ada menawarkan bantuan untuk para ibu warga Selangor yang berpendapat RM2000 ke bawah.

Program bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah dilancarkan tahun lepas bernilai RM2400 setahun atau RM200 sebulan dan diteruskan tahun ini. Sila memohon bantuan tersebut.

Untuk warga Perak anda boleh memohon program bantuan yang sama menerusi program bantuan Kad Perak Prihatin untuk mereka yang berpendapatan rendah.

Sebenarnya bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2009 dan masih dilaksanakan sehingga kini. Golongan sasaran bantuan ini ialah yang kurang berkemampuan. Sejak dilancarkan bantuan ini telah mengalami banyak usaha penambahbaikan untuk ianya berfungsi lebih berkesan lagi.

Bantuan #SMART Sihat Selangor

Sebelum membuat permohonan ada baiknya anda buat semakan kelayakan terlebih dahulu. terdapat kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk memohon bantuan ini. Jika anda layak, anda bolehlah mengemukakan permohonan secara online.

Untuk memohon layari Permohonan Bantuan #SMART Sihat Selangor Online

Klik pada ruangan ‘Daftar Permohonan’ dan isikan maklumat yang diperlukan selengkap-lengkapnya.

Syarat Kelayakan Bantuan Sihat Selangor

  1. LAHIR DI NEGERI SELANGOR atau BERMASTAUTIN MELEBIHI 10 TAHUN.
  2. Pendapatan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM3,000.00.
  3. Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak.
  4. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
  5. Rawatan bagi KATARAK MATA, PEMBEDAHAN KECIL dan LAIN-LAIN RAWATAN perubatan hanya DILAKSANAKAN DI HOSPITAL KERAJAAN SAHAJA.
  6. Permohonan bantuan PEMBEDAHAN KECIL dan KATARAK MATA perlu memohon SEBULAN LEBIH AWAL daripada tarikh pembedahan.
  7. TUNTUTAN BAYARAN dan TUNGGAKAN ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan.
  8. Permohonan berkaitan KOS PERJALANAN dan SUMBANGAN KEWANGAN tidak dipertimbangkan.
  9. Pemohon atau ahli keluarga yang merupakan KAKITANGAN KERAJAAN / PENJAWAT AWAM tidak dipertimbangkan.
  10. Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan SEKALI SAHAJA PADA SETIAP TAHUN.
  11. TARIKH TUTUP PERMOHONAN bagi setiap tahun adalah sebelum 31 OKTOBER.

Jenis Bantuan SMART Sihat Selangor

  1. Dialisis Buah Pinggang – Pemohon atau pesakit buah pinggang yang berkelayakan boleh mendapat rawatan dialisis di pusat hemodialisis hospital kerajaan atau swasta. Bayaran bantuan akan dibayar secara terus ke hospital tersebut bagi pemohon yang berjaya mendapat rawatan.
  2. Katarak Mata – Katarak mata atau bular merupakan sejenis kerosakan matan yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun serta menjejaskan penlihatan seseorang yang boleh menyebabkan buta sekiranya lewat atau tidak dirawat
  3. Pembedahan – Bantuan bagi pembedahan pula meliputi kos pembedahan atau pembelian peralatan atau kedua-duanya sekali Pembedahan yang ditanggung hanyalah pembedahan yang dijalankan di hospital kerajaan sahaja.
  4. Kaki Palsu – Pemohon yang berkelayakan khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan boleh membuat permohonan pembelian peralatan mahupun kos rawatan pesakit
  5. Lain-Lain Permohonan – Pemohon juga boleh membuat permohonan peralatan dan lain-lain jenis rawatan yang dijalankan di hospital kerajaan.

Maklumat Perhubungan

Jika ada perkara-perkara yang anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai bantuan Smart Sihat Selangor anda boleh menghubungi menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan,
Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Tingkat 4, bangunan SSAAS 40503, Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55447453 / 7628
Waktu Operasi:
a. 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Khamis)
b. 8.00 pagi – 15.15 tengahari dan 2.45 petang – 5 petang (Jumaat)

Semoga perkongsian mengenai permohonan bantuan #Smart Sihat Selangor ini bermanfaat kepada anda dan kita semua. Sila like dan share maklumat ini.