Permohonan Biasiswa Gamuda Online

Permohonan Biasiswa Gamuda online. Pelajar yang berkelayakan dan berminat untuk sambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) dalam bidang yang tersenarai dalam tawaran biasiswa Gamuda boleh memohon biasiswa ini. Permohonan boleh dibuat secara online di laman portal sistem applikasi permohonan online yang disediakan oleh pihak Gamuda.

Tawaran biasiswa Gamuda

 

Biasiswa Gamuda 2019

Pelajar yang berkelayakan dan berminat boleh memohon biasiswa ini sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Sila pastikan anda memiliki kelayakan yang dikehendaki dan kursus yang anda ambil itu tersenarai dalam senarai bidang kursus yang ditaja oleh biasiswa ini.

Sila teruskan membaca untuk maklumat lebih terperinci di bawah.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah. Sila baca dengan teliti untuk rujukan anda.

  •  Warnagenara Malaysia berumur antara 19 hingga 23 tahun pada 2019
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3A/CGPA 3.40 dalam STPM atau yang setaraf (misalnya A-Level, Matrikulasi, Foundation/Asasi, Diploma)
  • Penguasaan bahasa Inggeris yang baik
  • Memiliki kualiti kepimpinan, nilai dan watak yang baik dan komitmen untuk berjaya kelak
  • Telah ditawarkan ke dalam mana-mana institusi yang bereputasi (iaitu universiti terkemuka di Malaysia / dunia) untuk mengikuti program ijazah pertama sepenuh masa semasa dipanggil untuk temuduga
  • Mesti menunjukkan bukti keperluan kewangan
  • Bersedia untuk berkhidmat kepada Kumpulan Gamuda untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian
  • Tidak boleh menjadi penerima biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada organisasi lain

Bidang Kursus Yang Ditaja

Pemohon yang berjaya ditawarkan ke Universiti Awam (UA)/IPTS/Kampus asing) di Malaysia dalam bidang berikut :

  • Engineering (Civil, Mechanical, Electrical, Mechatronics)
  • Quantity Surveying / Building Surveying / Construction Management
  • Geomatics
  • Township & Urban Planning
  • Architecture
  • Property & Real Estate Management

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, anda boleh gunakan applikasi permohonan online yang disediakan oleh pihak Gamuda.

Layari link di bawah untuk menghantar permohonan anda.

Link: Sistem Applikasi Online Gamuda Scholarship

Temuduga Biasiswa Gamuda

Pelajar yang telah memohon dan disenarai pendek (shortlisted) akan dihubungi untuk sesi temuduga biasiswa ini. Jika anda terpilih, jangan sia-siakan peluang tersebut. Di sini ada perkongsian yang agak lengkap mengenai tips menghadiri/menghadapi temuduga biasiswa untuk rujukan anda.

Alamat Perhubungan

Jika anda perlukan maklumat lanjut sila berhubung terus dengan pihak Gamuda.

Menara Gamuda
D-16-01, Block D,
PJ Trade Centre
No. 8, Jalan PJU 8/8A
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Contact Us+603 7491 8288
Contact Us+603 7728 9811
Website: https://gamuda.com.my/gamuda-scholarship/

Semoga perkongsian mengenai permohonan biasiswa Gamuda online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Mohon like dan share info ini.