Biasiswa IJM Online Untuk Pelajar Lepasan SPM STPM Matrikulasi Diploma

Permohonan Biasiswa IJM 2019 Online untuk pelajar Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, A-Level, Asasi, Fundation atau Diploma. IJM percaya bahawa pendidikan adalah pemangkin kepada masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri dan masyarat. Dengan itu berita baik, tahun ini IJM sekali lagi menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak dan berminat untuk merealisasikan impian dan cita-cita anda.

biasiswa IJM

Biasiswa IJM ini ditawarkan untuk membantu membangun, memupuk dan meningkatkan peluang serta potensi dalam diri rakyat Malaysia terutama generasi muda untuk keperluan masa depan individu mahupun negara. Dengan adanya biasiswa ini, anak muda Malaysia dapat diberi peluang untuk membangunkan potensi diri, memenuhi aspirasi mereka, dan menyumbang ke arah pembangunan negara pada masa akan datang.

Generasi muda hari ini adalah aset negara pada masa depan.

Permohonan Biasiswa IJM 2019 Online

Untuk memohon biasiswa ini, anda perlu terlebih dahulu menyemak sama ada anda layak untuk memohon. Ini untuk mengelak dari anda buang masa dan tenaga. Terdapat syarat dan kriteria yang perlu dipenuhi jika ingin memohon biasiswa ini.

Sila baca syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak IJM di bawah sebagai panduan anda.

Syarat Kelayakan Pemohon Biasiswa IJM

Sila buat semakan kelayakan terlebih dahulu. Terdapat 10 kriteria utama yang perlu dimiliki pemohon. Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah:-

  • Mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam STPM atau setaraf (cth : Matrikulasi, A-Level, Asasi, Fundation, Diploma)
  • Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM atau setaraf (cth: O-Level)
  • Mendaftar di mana-mana institusi pendidikan terkemuka untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda pertama sepenuh masa di universiti awam dan swasta tempatan
  • Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda, mesti mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dari 4.00 dalam semester terakhir mereka
  • Penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia yang baik, tulisan dan lisan
  • Aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
  • Untuk berkhidmat dengan Kumpulan Syarikat IJM untuk tempoh tertentu setelah tamat pengajian
  • Tidak boleh menjadi penerima mana-mana biasiswa lain, pinjaman pendidikan atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi lain
  • Memerlukan bantuan kewangan
  • Hanya layak untuk warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas

Bidang Kursus Yang Ditaja Biasiswa IJM

Biasiswa ini menawarkan tajaan kepada pelajar yang mengambil mana-mana satu daripada 6 bidang kursus yang tersenari di bawah.

  1. Bachelor of Civil Engineering
  2. Bachelor of Electrical Engineering
  3. Bachelor of Mechanical Engineering
  4. Bachelor of Quantity Surveying
  5. Bachelor of Accountancy
  6. Bachelor of Finance

Cara Memohon

Untuk memohon biasiswa ini anda hanya perlu memohon melalui applikasi permohonan online yang disediakan oleh pihak IJM.

NOTA:Permohonan untuk biasiswa IJM telah ditutup buat masa ini:Closing date: Extended to 27 April 2019 Only shortlisted applicants will be notified.

Anda juga boleh semak peluang biasiswa badan berkanun/syarikat milik kerajaan dan swasta untuk dapatkan biasiswa yang sesuai dan terbaik untuk anda.

Sila klik link applikasi permohonan online di bawah untuk membuat permohonan anda.

Link: IJM Scholarship Apply Online

Syarat Kepada Pemohon Biasiswa Yang Berjaya

Jika anda bernasib baik dan berjaya ditawarkan biasiswa ini, anda dikehendaki berkerja dengan pihak IJM selama tempoh yang ditetapkan oleh pihak IJM selepas menamatkan pengajian anda nanti.

Kebaikannya syarat ini ialah, anda tidak perlu risau mengenai peluang pekerjaan kerana pekerjaan sedang menanti anda. Rasanya itu adalah yang terbaik, tidak perlu buat pinjaman PTPTN untuk teruskan pengajian dan kerja sedia menanti.

Untuk pengetahuan anda IJM adalah syarikat gergasi yang terlibat dalam banyak bidang perniagaan bertaraf multinational di Malaysia.

Alamat Perhubungan

Pemohon yang perlukan maklumat lanjut berkaitan biasiswa ini boleh menghubungi pihak IJM secara langsung menggunakan maklumat perhubungan di bawah:-

GROUP HUMAN RESOURCES
IJM Corporations Berhad
Wisma IJM, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
email hr_scholarship@ijm.com
phone +603-79858288
fax +603-79529388

Semoga perkongsian info mengenai permohonan biasiswa IJM online ini bermanfaat kepada anda. All the best kepada yang memohon.