Borang Permohonan Biasiswa Petronas Online Lepasan SPM

Panduan dan borang permohonan Biasiswa Petronas online 2018 untuk lepasan SPM. Tahukah anda bahawa selain Biasiswa Shell Malaysia yang sering menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia setiap tahun, Petronas yang juga syarikat minyak dan gas milik kerajaan Malaysia menawarkan biasiswa untuk pelajar yang mempunyai prestasi akademik yang tinggi khususnya untuk pelajar lepasan SPM.

Jika anda bernasib baik dan layak mendapat biasiswa ini, ianya adalah satu kelebihan kerana anda tidak perlu lagi berfikir mengenai terpaksa berhutang dengan pihak PTPTN yang mana ramai pelajar yang gagal menjalankan tanggungjawab membayar pinjaman mereka sehingga terpaksa disenarai hitam oleh pihak Imigresan dan CCRIS.

Permohonan Biasiswa Petronas Online

Setiap tahun Petronas akan menawarkan biasiswa (Petronas Scholarship Awards) kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan/akademik yang tinggi untuk kursus-kursus tertentu.

Borang permohonan biasiswa Petronas online

Sila baca blog Pendidikan Malaysia untuk mendapat maklumat yang terperinci mengenai kursus-kursus yang tersenarai dalam tawaran biasiswa yang ditaja oleh pihak Petronas.

Pada kebiasaannya pihak Petronas akan membuka sistem permohonan online pada bulan March selepas keputusan SPM diumumkan. Ini bermaksud jika anda berminat anda kena selalu melawat portal biasiswa Petronas untuk membuat semakan info terkini mengenai biasiswa ini.

Syarat Memohon Biasiswa Petronas

Jika anda berminat, ada 2 syarat asas yang anda perlu ada selain dari kelayakan akademik yang cemerlang di peringkat SPM.

Antara 2 syarat asas tersebut ialah:-

  • Anda mestilah Warganegara Malaysia berumur antara 17 – 19 tahun
  • Mempunyai sifat, daya dan qualiti kepimpinan yang tinggi dan menonjol selain aktiviti ko-kurikulum yang aktif semasa zaman ada berada di sekolah menengah lagi.

Sesi Temuduga Biasiswa Petronas (Scholarship Interview)

Selepas menghantar permohonan anda secara online, pihak Petronas akan menjalankan tapisan terperinci untuk membuat senarai pendek (shortlisted) calon-calon yang dirasakan layak untuk menerima anugerah biasiswa ini.

Jika anda dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga biasiswa Petronas, anda perlu menyediakan diri anda sepenuhnya. Anda dapat atau tidak biasiswa ini bergantung kepada prestasi yang anda tunjukkan semasa menghadiri temuduga tersebut.

Ada berberapa blog bekas pelajar yang anda boleh baca untuk mendapat gambaran dan tips cara bersedia dan menghadapi sesi temuduga nanti.

Antara blog yang ada membuang perkongsian mengenai persedian dan pengalaman menghadiri temuduga biasiswa Petronas ialah blog Shahirah Omar Blog.

Cara Memohon Biasiswa Petronas

Cara memohon biasiswa Petronas. Seperti mana yang telah diterangkan tadi bahawa anda boleh menghantar permohonan anda melalui sistem borang permohonan biasiswa Petronas online  Education Sponsorship.

Untuk memohon anda hanya perlu layari >>> Sistem Permohonan Online Biasiswa Petronas

Di portal online tersebut semuanya ada dinyatakan dengan jelas. Anda hanya perlu ikut panduan yang diberikan dengan teliti.

Alamat Biasiswa Petronas

Jika anda menghadapi masalah untuk menggunakan portal permohonan online tersebut, anda boleh berhubung dengan pihak Petronas di talian 03-23312277

Kami akan sentiasa mengemaskini pagi ini dari masa ke semasa jika ada apa-apa maklumat terbaru mengenai biasiswa Petronas. Untuk anda tidak terlepas sebarang maklumat sila bookmark page ini untuk memudahkan anda kembali ke sini pada masa akan datang.

Semoga perkongsian mengenai panduan dan borang permohonan biasiswa Petronas online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini di FB anda untuk rakan-rakan anda yang lain.