Permohonan Calon Persendirian Ke Tingkatan 6 Sekolah Kerajaan

Permohonan calon persendirian / swasta / Menengah Agama Negeri untuk kemasukan ke Tingkatan 6 sekolah bantuan penuh kerajaan. Ramai yang bertanya adakah calon-calon dalam kategori yang tersebut di atas layak untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 sekolah bantuan penuh kerajaan? Jawapannya ialah boleh.

Permohonan ke tingkatan 6 calon persendirian

Sila baca maklumat yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah untuk maklumat lanjut.

Permohonan Calon Persendirian Ke Tingkatan 6 Sekolah Kerajaan

Soalan: Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?

Lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2019 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:

  1. Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
  2. Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  3. Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

Cara Memohon Kemasukan Ke Tingkatan 6

Untuk memohon anda boleh mendapatkan borang permohonan dan kembalikan ke pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPNS) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terdekat dengan anda.

Download borang dan panduan mengisi borang kemasukan ke Tingkatan 6 di bawah.

Link: Borang & Panduan Mengisi Borang Rayuan Tingkatan 6

Semoga perkongsian mengenai permohonan calon persendirian ke Tingkatan 6 sekolah bantuan penuh kerajaan ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.