Permohonan Dan Semakan Keahlian RELA Online MyRELA

Borang permohonan dan semakan keahlian RELA online. Panduan memohon menjadi anggota RELA secara online melalui portal khas MyRELA. Pernahkah anda terfikir untuk menjadi seorang anggota RELA? Ramai yang ingin menjadi anggota RELA tetapi tidak tahu bagaimana dan dimana tempat mendapatkan borang permohonan dan bagaimana proses permohonan untuk menjadi anggota RELA.

Berita baik untuk orang awam yang berminat untuk menjadi anggota RELA, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewujudkan portal khas untuk permohonan menjadi anggota RELA boleh dibuat secara online. Melalui portal ini orang awam yang berminat dan telah melakukan permohonan boleh membuat semakan status permohonan RELA secara online di portal/sistem yang sama iaitu di portal MyRELA.

Permohonan dan semakan keahlian Rela online

Jabatan Sukarelawan Malaysia – RELA

Jabatan Sukarelawan Malaysia  atau lebih dikenali dengan nama RELA, dahulunya dikenali sebagai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Malaysia ialah sebuah persatuan sukarelawan beruniform di Malaysia yang ditugaskan untuk membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan negara.- Sumber Wiki

Syarat Kelayakan Memohon Menjadi Anggota RELA

Jika saya berminat untuk menjadi anggota RELA apakah syarat-syaratnya? Persoalan ini yang sering menjadi persoalan. Sebenarnya untuk menjadi anggota RELA anda hanya perlu memenuhi 3 syarat-syarat asas.

Syarat-syarat Am untuk memohon menjadi anggota RELA adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur 18 tahun dan ke atas.
3. Sihat tubuh badan.

Kecuali untuk individu-individu dalam situasi berikut:

  1. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
  2. Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
  3. Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
  4. Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.
  5. Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja dalam perkhidmatan itu.
  6. Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
  7. Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
  8. Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
  9. Anggota-anggota Pasukan Polis.
  10. Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
  11. Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
  12. Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
  13. Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.

Jika anda memenuhi syarat-syarat am di atas anda layak untuk memohon untuk menjadi anggota RELA.

Tugas-Tugas Anggota RELA

Sememangnya negara memerlukan seramai mungkin anggota RELA. Tugas dan tanggungjawab sebagai anggota RELA amat penting.

Antara tugas-tugas atau fungsi RELA adalah seperti berikut:

1. Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
2. Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
3. Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.
4. Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.

Keistimewaan Keahlian RELA

Apakah keistimewaan/kebaikan sebagai anggota RELA? Ini tentu antara sebab mengapa ramai yang berminat untuk menjadi anggota RELA. Keahlian Anggota RELA akan mendapat kelebihan dari segi:
1. Caj rawatan dan kemudahan wad percuma bagi anggota-anggota yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas.
2. Perlindungan insurans sekiranya terlibat dalam kemalangan ketika bertugas.
3. Latihan percuma di pusat-pusat latihan.
4. Elaun latihan dan bertugas RM6 sejam.
5. Uniform diberikan secara percuma.
6. Keahlian adalah percuma.

Selain dari 6 keistimewaan keahlian RELA di atas, perasaan bangga dapat menyumbang sesuatu kepada negara tentunya antara yang paling penting mengapa ramai yang ingin menjadi RELA.

Permohonan Online Keahlian RELA Di MyRELA

Saya sangat berminat untuk menjadi anggota RELA, bagaimanakah caranya untuk memohon keahlian RELA? Untuk menjadi anggota RELA anda boleh membuat pendaftaran online di portal yang disediakan khas.
Untuk membuat permohonan online RELA layari >>> Portal MyRELA 

Selepas anda berada di ruangan pendaftaran online, sila isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat. Maklumat ini nanti akan digunakan oleh pihak pengurusan RELA untuk memproses permohonan online yang telah anda buat.

Sila download panduan permohonan online MyRELA >>> Panduan Permohonan Online MyRELA

Sila baca dengan teliti pandua tersebut sebelum menghantar permohonan online anda di portal MyRELA.

Semakan Status Permohonan RELA Online

Jika anda telah menghantar permohonan secara online dan berniat untuk membuat semakan status permohonan anda, anda boleh berbuat demikian di portal yang sama. Anda hanya perlu klik link ‘Semak Permohonan’ di sebelah kiri.
Untuk membuat semakan sila layari >>> Semakan Permohonan Keahlian RELA Online

Ada digalakkan untuk download panduan semakan pendaftaran keahlian RELA anda >>> Panduan Semakan Permohonan

Hubungi RELA

Jika anda perlu untuk menghubungi pihak RELA anda boleh gunakan alamat perhubungan yang ada di bawah:

Alamat Ibu Pejabat RELA

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),
Kementerian Dalam Negeri,
Aras 7, 8 & 9, Blok D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya
Tel : 03 8870 3770
Fax : 03 8890 5532

Semoga perkongsian mengenai permohonan online keahlian RELA ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat untuk menjadi anggota RELA.