Syarat Kemasukan Kolej KUIS Lepasan SPM

Sistem permohonan dan syarat kemasukan Kolej KUIS lepasan SPM Online. Adakah anda salah seorang pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali dengan singkatnya KUIS? KUIS sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan membuka pendaftaran/permohonan untuk pelajar melanjutkan pengajian mereka. Yang seronoknya KUIS menyediakan sistem permohonan online kepada pelajar yang berminat dan layak.

Artikel ini memberikan informasi-informasi berikut untuk panduan anda.

  • Sistem Permohonan Dan Syarat Kemasukan KUIS
  • Mengapa Memilih KUIS?
  • Yuran Pendaftaran Kemasukan KUIS
  • Senarai Bidang Kursus Yang Ditawarkan
  • Semakan Status Permohonan KUIS Online 
  • Permohonan Jawatan KUIS Online

Sebelum itu kepada yang berminat untuk cari biasiswa untuk menampung pengajian mereka, rujuk info senarai biasiswa di Malaysia.

Pendaftaran kemasukan Kolej Kuis online

Sistem Permohonan Dan Syarat Kemasukan KUIS Online

Permohonan kemasukan ke KUIS boleh dibuat secara online. Pelajar yang layak dan berminat bolehlah menggunakan applikasi online permohonan kemasukan ke Kolej KUIS. Permohonan dan proses kemasukan akan melalui berberapa peringkat:

PERINGKAT PERTAMA: PERMOHONAN

a. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Permohonan Baru.
b. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online dan klik HANTAR.
c. Cetak Borang Permohonan Kemasukan untuk rujukan.

NOTA: Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari bekerja. Semakan status permohonan secara online boleh dilakukan selepas tempoh tersebut.

PERINGKAT KE-2: SEMAKAN & PENAWARAN

a. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Semak Status Permohonan.
b. Sekiranya permohonan berjaya, calon pelajar perlu muat turun (download) dan cetak semua dokumen dan borang berkaitan pendaftaran.
c. Lengkapkan/ laksanakan/ penuhi semua keperluan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu.

PERINGKAT KE-3: PENDAFTARAN

a. Pastikan semua perkara dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu disediakan/ dilengkapkan/ dibawa pada hari pendaftaran.
b. Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan (rujuk Surat Tawaran).

Untuk akses applikasi permohonan online KUIS layari >>> Pendaftaran Pelajar Baru KUIS Online

Syarat Kelayakan Kemasukan KUIS

Untuk semakan Syarat kelayakan kemasukan ke KUIS anda boleh dapatkan melalui  melalui Blog KUIS. Di dalam blog ini ada diperincikan syarat kelayakan kemasukan ke KUIS untuk setiap bidang kursus atau pengajian.

Hanya pemohon yang menepati syarat kelayakan kemasukan ke Kolej KUIS yang akan dipertimbangkan untuk mendaftar.

Mengapa Anda Perlu Memilih Kolej KUIS

Kolej KUIS adalah antara kolej yang sangat popular dan diminati ramai pelajar-pelajar muslim. Ini kerana KUIS adalah kolej berteraskan Islam ini sudah tentu amat membantu. Berikut adalah antara sebab mengapa anda harus memilih Kolej KUIS.

KUIS adalah Pilihan Anda kerana :

  • Melahirkan tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam.
  • Menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan moto “Pemangkin tradisi ilmu”.
  • Komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan adalah berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin antaranya termasuk Pengajian Islam, Pengajian Perniagaan, Perbankan Islam, Bahasa dan Komunikasi, ICT dan Multimedia, dan Pendidikan.
  • Menawarkan kos pengajian yang kompetatif, persekitaran kampus yang indah, menyediakan kemudahan penginapan yang selesa serta kemudahan pembelajaran & pengajaran yang terkini.
  • Bertekad untuk menjadi sebuah gedung ilmu bertaraf antarabangsa dan pelopor di kalangan institusi pendidikan tinggi berteraskan Islam.

Yuran Pendaftaran Kemasukan Ke Kolej KUIS

Jika anda berhasrat dan telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Kolej KUIS, maklumat yuran pendaftaran berikut mungkin berguna kepada anda.

YURAN PENDAFTARAN

A. WARGANEGARA – RM1,000

B. ANTARABANGSA – RM1,150

(dibayar kepada KUIS melalui akaun BIMB KUIS
atau semasa hari pendaftaran sahaja)

Semakan Status Permohonan Ke Kolej KUIS

Jika anda ada membuat permohonan kemasukan ke Kolej KUIS dan ingin membuat semakan status permohonan anda, semakan boleh dibuat melalui online

Semakan status permohonan secara online boleh dilakukan di www.kuis.edu.my

Senarai Bidang Kursus Pengajian Yang Di Tawarkan Di Kolej KUIS

Sila rujuk gambar di bawah untuk senarai bidang kursus pengajian yang ditawarkan di Kolej KUIS untuk panduan anda.

A. Kursus-kursus Peringkat Ijazah Sarjana Muda

B. Senarai Kursus Peringkat Diploma, Asasi Dan Pasca Siswazah

Permohonan Jawatan Kosong KUIS Online

Maklumat ini baik untuk mereka yang sedang mencari kerja dan berminat memohon jawatan di Kolej KUIS Selangor.

Pada masa artikel ini, menurut semakan kami melalui online hanya ada satu (1) jawatan kosong yang diiklankan. Jawatan kosong akan diiklankan dari masa ke semasa. Anda boleh selalu membuat semakan online senarai jawatan kosong di Kolej KUIS.

Untuk semakan dan permohonan jawatan kosong di Kolej KUIS anda boleh buat secara online. Sila layari Iklan Jawatan Kosong KUIS untuk membuat semakan dan permohonan.

Alamat Perhubungan Kolej KUIS

Jika anda ingin menghubungi pihak Kolej KUIS sila hubungi Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS melalui saluran berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan pendaftaran.

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor – KUIS
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang,
Selangor
No. Telefon     : 03-8911 7000 no. sambungan : 2240/  1418/ 1220/  1205
No. Faksimili     : 03-8926 8462
No. Whatsapp     : 019-226 0746/ 019-389 6937
E-mel     : admission@kuis.edu.my
Website:http://www.kuis.edu.my/v4/

Biasiswa? Jika anda berminat untuk cari biasiswa bagi menampung pengajian anda rujuk senarai biasiswa Malaysia dan juga tips temuduga biasiswa.

Semoga perkongsian mengenai applikasi permohonan online kemasukan ke Kolej KUIS Selangor ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain sebagai panduan mereka.