Borang Permohonan IPG PISMP Online Lepasan SPM

Borang Permohonan IPG PISMP Online Lepasan SPM. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah satu program yang paling diminati oleh pelajar lepasan SPM. Malangnya tempat untuk mendapat tempat ke PISMP adalah terhad dan ianya hanya terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang mempunyak kelayakan akademik dan ko-kurikulum yang cemerlang.

Tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).Oleh kerana terlalu ramai yang email kami bertanyakan maklumat kemasukan dan cara permohonan online kemasukan PISMP, maka kami mengambil keputusan untuk menulis artikel ini untuk menjawap semua pertanyaan itu sekali gus.Dalam artikel ini anda akan mendapat info mengenai topik-topik berikut:

  • Apakah Program PISMP
  • Syarat Umum Permohonan Mengikuti PISMP
  • Syarat Asas Akademik Yang Pemohon Perlu Miliki
  • Bidang Kursus Yang Ditawarkan Dalam PISMP
  • Calon Yang Tidak Layak Memohon Kemasukan PISMP 
  • Senarai IPG Dan Kursus Yang DiTawarkan
  • Panduan Membuat Permohonan Online Kemasukan PISMP
  • Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Permohonan Ke PISMP Online 
  • Cara Menghubungi Pihak PISMPBorang permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) lepasan SPM

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program ini dikenali sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau dikenali umum sebagai PISMP. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat Umum Untuk Permohonan PISMP

Berikut ialah syarat-syarat umum yang perlu pemohon perlu penuhi jika ingin memohon ke program PISMP.

Berikut ialah syarat umum untuk permohonan ke PISMP.

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh anda membuat permohonan online.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Syarat Asas Kelayakan Akademik Untuk Memohon PISMP

Selain syarat umum, terdapat juga syarat asas akademik yang pelajar perlu milik untuk layak memohon ke PISMP

Berikut ialah syarat-syarat akademik yang penting untuk rujukan anda:

a. Mendapat gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM.

b. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.
c. Mestilah lulus Bahasa Inggeris.

d. Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).

Bidang Kursus Dan Pengkhususan Yang Ditawarkan Dalam PISMP

Di bawah adalah senarai bidang pengkhusus yang ditawarkan dalam program PISMP untuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Sila rujuk gambar-gambar di bawah sebagai panduan anda.

Kursus yang ditawarkan di PISMP untuk Sekolah Kebangsaan (SK)
Program dan kursus yang ditawarkan di PISMP untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Program dan kursus yang ditawarkan di PISMP untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Senarai Institut Pendidikan Guru (IPG) Dan Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara dan kursus yang ditawarkan untuk rujukan anda.

Sila rujuk gambar di bawah mengenai senarai IPG dan kursus yang ditawarkan di seluruh negara.

Senarai IPG dan kursus yang ditawarkan
Panduan IPG dan senarai kursus yang ditawarkan di seluruh negara.
Senarai kursus yang ditawarkan di semua IPG di seluruh negara

Untuk mendapatkan senarai kursus yang ditawarkan di setiap IPG berkenaan anda boleh berhubung terus dengan pihak IPG tersebut menggunakan alamat perhubungan (No. Tel/email/website) yang ada untuk meminta senarai kursus.

Calon Yang Tidak Layak Memohon PISMP

Sebelum anda membuat permohonan IPG PISMP online sila baca senarai jenis-jenis calon yang tidak layak memohon untuk program ini.

Di bawah ada empat (4) kategori calon yang tidak layak memohon ke PISMP.

1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Panduan Permohonan PISMP Online

Jika anda layak dan berminat, bolehlah anda membuat permohonan kemasukan ke PISMP secara online. Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) telah menyediakan portal khas untuk memudahkan anda menghantar permohonan secara online. Kebaikan sistem permohonan online ini ialah, pemohon bebas mengemaskini permohonannya sebelum tarikh tutup pemohonan.

Berikut ialah panduan permohonan online kemasukan ke PISMP.

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my ATAU https://pismp.moe.gov.my/index.cfm mulai 13 Mac 2018.

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup. (28 Mac 2018)

5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.     6. Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Sila download MANUAL PENGGUNA dan juga layar KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN PISMP untuk menjadi panduan anda semasa memuat permohonan online melalui portal yang disediakan. Anda boleh download dan cetak untuk rujukan anda.

Jika permohonan anda berjaya dan anda disenarai pendekkan maka anda akan dikehendaki datang menghadiri temuduga khas PISMP. Sila sediakan diri anda untuk temuduga tersebut. Anda boleh membaca pengalaman menghadiri temuduga PISMP di sini dan sini untuk panduan anda. Ini sangatlah penting.

Nota: Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.

Soalan Lazim (FAQ) Permohonan PISMP Online

S. Bagaimana jika saya lupa atau kehilangan kata laluan.
J. Sila Klik pada ikon Lupa Kata Laluan   dengan masukan nombor kad pengenalan serta alamat emel yang telah didaftarkan semasa permohonan. Kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel seperti yang telah didaftarkan. Sekiranya masih tidak berjaya, sila hubungi pihak urus setia di alamat yang telah dilampirkan.

S. Dimana saya boleh mendapatkan penjelasan lanjut tentang pengisian borang permohonan terutamany syarat khusus bidang pengajian yang dipohon.
J. Anda boleh melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat www.moe.gov.my. Semua maklumat seperti syarat kelayakan, struktur program, dan syarat khusus bidang pengajian yang dipohon boleh didapati daripada menu yang disediakan.

S. Berapa kali saya boleh mengemaskini borang permohonan.
J. Kemaskinian borang boleh dibuat seberapa banyak yang diperlukan selagi anda belum mengesahkan permohonan. Anda boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

S. Apakah Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
J. Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :
i. Sesi Ujian Bertulis.
a. Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
a. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
b. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
c. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.
iii. Sesi Ujian Amali. (Dilaksanakan Semasa Temu duga)
a. Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

S. Saya telah memenuhi keperluan minima permohonan tetapi masih gagal dipanggil menghadiri temu duga.
J. Selain dari memenuhi syarat asas yang ditetapkan, anda juga perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan yang dipohon.Di samping itu terdapat kriteria-kriteria lain yang diambil kira seperti penglibatan aktif dalam bidang ko-kurikulum dan pengiraan skor merit tertinggi mengikut bidang yang dipohon.

S. Saya telah menghadiri temu duga tetapi gagal dalam permohonan kemasukan program berkaitan.
J. Kemungkinan anda gagal dalam UKCG atau tidak mendapat perakuan panel temu duga atau mendapat merit yang rendah berbanding pemohon lain dalam sesi temu duga.

S. Dari mana saya akan mendapat maklumat berkaitan permohonan saya.
J. Anda dinasihatkan sentiasa melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

S. Saya terlibat dalam Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bagaimana saya ingin mengetahui keputusan permohonan perguruan saya ketika saya sedang dalam latihan PLKN.
J. Anda dinasihatkan untuk mencetak kalendar aktiviti di menu permohonan bagi mengetahui tarikh-tarikh penting bermula permohonan online sehingga pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Kampus.

Maklumat Perhubungan PISMP

Sila gunakan maklumat perhubungan di bawah untuk semua urusan mengenai permohonan online PISMP anda.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760

Semoga perkongsian mengenai Borang Permohonan IPG PISMP Online Lepasan SPM ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain untuk rujukan dan panduan mereka.