Borang Permohonan Jawatan MARA Secara Online

Borang Permohonan jawatan MARA secara online. Majlis Amanah Rakyat atau lebih dikenali dengan singkatan MARA adalah salah sebuah institusi awam yang penting dan besar di Malaysia. Dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan tenaga kerja organisasi ini, MARA akan mengiklankan jawatan kosong yang boleh dipohon oleh individu yang layak dan berminat. Permohonan jawatan dalam MARA boleh dibuat secara online.

Di sini kami kongsikan panduan dan cara membuat permohonan jawatan secara online. Teruskan membaca untuk info seterusnya.

permohonan jawatan kosong MARA online

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi, berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, berkomunikasi dengan baik, berkeyakinan diri yang tinggi dan boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi kekosongan jawatan seperti mana yang tersenarai dalam iklan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Syarat Asas Lantikan Bagi Jawatan-jawatan Yang Diiklankan di MARA

Berikut ialah syarat-syarat asas yang pemohon perlu ada untuk permohonan jawatan kosong secara online di MARA.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) mata pelajaran adalah peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia; dan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Terdapat syarat-syarat khas yang perlu dipenuhi/miliki oleh pemohon mengikut jenis jawatan yang dipohon. Sila lihat iklan kekosongan jawatan MARA untuk rujukan anda.

senarai jawatan kosong MARA 2019
Tarikh tutup: 16 Jun 2019

Syarat-syarat Skim Perkhidmatan MARA

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan seperti yang tersenarai dalam iklan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

1. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Bagi jawatan-jawatan yang menetapkan kelayakan ijazah dan diploma, keutamaan adalah kepada pemohon yang berpengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama dua (2) tahun.

2. Pernohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

3. Pemohon yang mempunyai diploma dan ijazah sarjana muda hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web https://app.mohe.gov.my dan mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa menghadiri temuduga nanti.

4. Pemohon yang berjaya dalam temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

5. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan oleh pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga.

Panduan Permohonan Online Jawatan Dalam MARA

Berikut ialah panduan-panduan asas untuk membuat permohonan jawatan kosong MARA secara online. Sila baca senarai di bawah dengan teliti untuk makluman dan panduan anda.
1. Sila Baca Dengan Teliti Sebelum Mengisi Borang
2. Sila Rujuk Kepada Iklan Terlebih Dahulu Sebelum Memohon Bagi Memastikan Syarat – Syarat Jawatan Dipenuhi.
3. Hanya Satu Permohonan Sahaja Dibenarkan Untuk Setiap Permohonan.
4. Sila Pastikan Maklumat Anda Diisi Dengan Lengkap Dan Sempurna Sebelum Hantar.
5. Calon-calon yang Disenarai Pendek Sahaja Yang Akan Dihubungi.
6. Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), Seseorang Pemohon Yang Memberi Maklumat Palsu Atau Mengelirukan Dalam Borang Pemohonan Jika Disabit Kesalahan Boleh Dihukum Penjara 2 Tahun Atau Didenda Dua Ribu Ringgit Malaysia Atau Kedua-duanya Sekali.
7. Saya Akui Bahawa Maklumat Yang Diberi Adalah Benar Dan Sekiranya Maklumat Itu Didapati Palsu, Permohonan Saya Akan Terbatal Dan Jika Saya Telah Ditawarkan, Perkhidmatan Saya Akan Ditamatkan Serta-merta.

Portal Permohonan Online Jawatan Kosong MARA

Untuk membuat permohonan secara online sila layari laman portal di bawah.
Permohonan Online Jawatan MARA >>> http://apps.mara.gov.my/vacancy3/

Portal ini akan dibuka dari masa ke semasa bergantung jika ada kekosongan jawatan kosong di MARA. Jika portal ini ditutup bermaksud jawatan kosong yang diiklankan telah ditutup penerimaan permohonan.

Semakan / Kemaskini Permohonan Jawatan MARA

Jika anda telah membuat permohonan online, anda boleh membuat semakan / kemaskini status permohonan anda secara online. Pemohon boleh berbuat demikin di portal yang sama.
Kemaskini Permohonan >>> http://apps.mara.gov.my/vacancy3/

Hubungi MARA

Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan perlukan maklumat lanjut anda boleh berhubung terus dengan pihak MARA.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA),
Ibu Pejabat MARA 21,
Jalan MARA 50609
Kuala Lumpur .
Tel: 03-26132000 samb : 34428, 34429, 34430
Email : webmaster@mara.gov.my
Website: http://www.mara.gov.my/

Semoga perkongsian maklumat mengenai borang permohonan jawatan di MARA secara online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk panduan mereka. All the best kepada yang memohon. Mohon like dan share info ini.