Kad Perak Prihatin: Cara Aktifkan Kad Dan Senarai Bantuan
Kad Perak Prihatin, cara aktifkan kad dan senarai bantuan. Senarai manfaat bantuan dan cara pengaktifan kad. Kerajaan Negeri Perak telah melancarkan Kad Perak Prihatin (Prihatin Perak Card) untuk golongan yang memerlukan bantuan terutama yang dikategorikan sebagai kurang berkemampuan.
Kad Perak Prihatin ini boleh digunakan untuk membayar barang-barang keperluan dan juga kos perubatan.
Bantuan/inisiatif kerajaan negeri Perak ini hampir serupa dengan program bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang sedang berjalan ketika ini.
Bantuan Kesihatan Dan Makanan Perak Prihatin
Penerima bantuan ini bolehlah mendapatkan rawatan kesihatan asas di klinik-klinik panel & membeli barangan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).
Bantuan ini diumumkan dan dilancarkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini. Pemegang kad boleh membelanjakan RM80 untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih sahaja dan RM300 untuk kos perubatan di klinik panel yang terpilih.
Sebanyak 169 rangkaian kedai di seluruh Negeri Perak terpilih sebagai kedai di mana kad tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.
Penerima kad adalah melalui tapisan yang diterima dari Jabatan Kebajikan Negeri Perak dan juga Majlis Agama Islam Perak (MAIPk)
Cara Memohon Kad Perak Prihatin
Untuk memohon Kad Perak Prihatin, pemohon mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Negeri Perak atau dengan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk). Jika anda belum mendaftar maka bolehlah berbuat demikian. Sila mendaftar di JKMN atau MAIPk.
Pemohon/bakal penerima akan melalui tapisan di peringkat Jabatan Kebajikan atau MAIPk sebelum ada layak mendapatkan bantuan tersebut.
Cara Aktifkan Kad Perak Prihatin
Kad yang diterima oleh penerima bantuan belum diaktifkan. Untuk mengaktifkannya, anda dinasihatkan mendapatkan bantuan pengaktifan semasa mengambil kad tersebut atau menggunakan kaedah-kaedah seperti di bawah.
a. Pengaktif Secara Atas Talian (Online)
– Kunjungi Laman Web Rasmi: Perak Prihatin
– Pilih dan klik ‘Pengaktifan Kad’
b. Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)
– Taip: WBC<jarak>PACT<jarak>NO KAD (6 digit terakhir)<jarak>NO.MYKAD (6 digit terakhir)
– Hantar ke: 33555
c. Pusat Panggilan (Call Centre)
– Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERAK PRIHATIN di talian 1 800 22 6600
– Ataupun email ke: admin@selcare.my
Proses Penggunaan Kad PERAK PRIHATIN Untuk Perbelanjaan Makanan Dan Perubatan
Berikut adalah proses/langkah-langkah penggunaan yang terlibat untuk pengguna kad ini bagi perbelanjaan yang dibenarkan iaitu perbelanjaan untuk makanan dan perubatan.
Penggunaan Kad Perak Prihatin (Makanan)
# | PROSES |
---|---|
Langkah 1 - | Peserta pergi ke kedai / pasaraya berdaftar |
Langkah 2 - | Peserta memilih barangan keperluan asas |
Langkah 3 - | Peserta menyemak baki kad sebelum membuat pembayaran |
Langkah 4 - | Peserta memberikan kad PERAK PRIHATIN kepada juruwang di kaunter pembayaran |
Langkah 5 - | Juruwang akan merekodkan barangan yang dipilih secara automatik menggunakan sistem POS (Point of Sale) |
Langkah 6 - | Hanya barangan yang tersenarai akan diluluskan untuk pembelian yang akan ditapis oleh sistem POS |
Langkah 7 - | Juruwang akan memasukkan kad PERAK PRIHATIN ke dalam terminal pembayaran |
Langkah 8 - | Peserta perlu menekan nombor PIN di terminal pembayaran |
Langkah 9 - | Resit akan dicetak memaparkan baki awal, senarai barangan yang dibeli dan baki akhir |
Penggunaan Kad Perak Prihatin (Kesihatan)
# | PROSES |
---|---|
Langkah 1 - | Serah Kad PERAK PRIHATIN dan Kad Pengenalan di klinik |
Langkah 2 - | Pengesahan had kelayakan dan baki gunaan |
Langkah 3 - | Klinik menghubungi PERAK PRIHATIN untuk pengesahan (jika perlu) |
Langkah 4 - | Pengguna menandatangani borang kehadiran dan PDPA |
Langkah 5- | Pengguna menerima rawatan dan perubatan |
Langkah 6 - | Klinik merekodkan rawatan dan membuat tuntutan secara atas talian |
Langkah 7 - | Semakan, pengesahan dan bayaran kepada klinik |
Carian Panel Kedai & Klinik Perak Prihatin
Tentu ramai yang perlukan maklumat ini. Untuk memudahkan anda kami kongsikan panel kedai dan klinik Perak Prihatin untuk rujuk dan dengan mudah.
Sila layari link ini Senarai Panel Kedai/Klinik
Maklumat Perhubungan
Jika anda mempunyai apa-apa kemusykilan/keraguan atau perlukan maklumat tambahan anda boleh berhubung terus dengan mereka nenggunakan alamat perhubungan di bawah.
Telefon: 1 800 22 6600
Email: info@perakprihatin.com
Website: https://www.perakprihatin.com/
Semoga perkongsian mengenai Kad Perak Prihatin cara aftifkan kad dan senarai bantuan ini bermanfaat kepada anda. Terima kasih kepada kerajaan yang menyediakan bantuan ini kepada golongan yang memerlukan.