Permohonan Kemasukan ILJTM Online – ILP, ADTEC Dan JMTI Lepasan SPM

Permohonan kemasukan ILJTM online – ILP, ADTEC dan JMTI untuk lepasan SPM. Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia atau lebih dikenali sebagai ILJTM membuka permohonan untuk sesi pengajian 2018 kepada pelajar lepasan SPM. Anda boleh membuat permohonan melalui sistem aplikasi online yang disediakan oleh pihak ILJTM.

Sila teruskan membaca maklumat-maklumat terperinci tentang kursus-kursus yang ditawarkan dan cara membuat permohonan online ke ILJTM sebagai panduan anda. Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Sejarah penubuhan JTM bermula sejak tahun 1967. Jabatan Tenaga Manusia (JTM), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pertukaran nama berkenaan adalah disebabkan oleh fungsinya yang difokuskan kepada aktiviti program latihan kemahiran sahaja. Pertukaran nama ini berlaku pada awal tahun 2000. Diawal penubuhan JTR, ia berfungsi sebagai pusat melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh, dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan disektor swasta. Pada ketika ini JTM telah dan akan melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka JTM telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.

Sebenarnya pertukaran nama dari JTR ke JTM bukanlah telah menukar fungsi asal penubuhannya tetapi telah menambah fungsi agensi ini untuk memenuhi keperluan semasa. Visi utama JTM ialah menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir di Malaysia.

Tahun ini ILJTM membuka pengambilan pelajar baharu ke INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM), KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA dibuka melalui SISTEM PERMOHONAN ONLINE. Pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian di mana-mana institut di bawah ILJTM boleh memohon melalui online.

Sila rujuk gambar iklan pengambilan pelajar baru di bawah yang telah dikeluarkan olej ILJTM baru-baru ini.

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM & SKM/ST yg ingin melanjutkan pengajian ?? peringkat Sijil, Diploma & Diploma Lanjutan di JMTI/ADTEC/ILP kampus seluruh Malaysia dlm bidang :

1. Mekanikal
2. Elektrik
3. Elektronik
4. Sivil
5. Percetakan
6. ICT

Apakah ILP, ADTEC dan JMTI

Adalah penting untuk anda membaca maklumat ini. Ramai pelajar yang agak keliru mengenai perbezaan antara ILP, ADTEC dan JMTI. Untuk maklumat anda sila rujuk di bawah:

i. ILP Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan sektor perindustrian di Malaysia. Sejarah penubuhan ILP telah bermula semenjak tahun 1964 lagi dengan penubuhan ILP Kuala Lumpur. ILP adalah institut di bawah JTM yang terawal ditubuhkan di Malaysia untuk melaksanakan fungsi-fungsi memberi latihan seperti yang disebut di atas.

Permohonan kemasukan ke ILP-ILJTM online

ii. ADTECAdvanced Technology Training Centre (ADTEC) atau dalam Bahasa Melayu, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC). Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam atau lebih dikenali sebagai ADTEC Shah Alam merupakan salah satu daripada 32 institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Ianya dibina di atas tapak seluas empat puluh (40) ekar yang terletak di kawasan perindustrian Bukit Kemuning, iaitu 9 kilometer dari pusat Bandar Shah Alam, Selangor dan 30 kilometer daripada ibu negara, Kuala Lumpur.

Permohonan online kemasukan ke ADTEC ILJTM

Untuk maklumat anda, ADTEC Shah Alam melaksanakan program latihan kemahiran peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan, Diploma Teknologi dan Kursus Modular/Separuh Masa dalam pelbagai bidang kemahiran seperti;

1. Electrical Power
2. Refrigeration and Air-Conditioning
3. Computer (System)
4. Automation dan Robotic
5. Aircraft Maintenance
6. Welding
7. Manufacturing (Machining)
8. Quality Control
9. Automotive (Production)

Pada ketika ini terdapat 5 pusat ADTEC di seluruh negara iaitu di ADTEC Shah Alam, ADTEC Taiping, ADTEC Kulim, ADTEC Batu Pahat dan di ADTEC Melaka.

iii. JMTIInstitut Teknikal Jepun – Malaysia (Inggeris: Japan Malaysia Technical Institute, JMTI) adalah sebuah institut yang telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun. JMTI ditubuhkan bertujuan melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan dan berpengetahuan dengan menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi dalam bidang teknologi termaju sejajar dengan keperluan teknologi semasa dalam sektor perindustrian.

Permohonan online ke ILJTM JMTI

Di bawah adalah senarai kursus yang ditawarkan di JMTI. Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk memahirkan diri dalam bidang-bidang ini dan layak boleh memohon dan mengikuti mana-mana kursus di bawah.

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

Syarat Kemasukan ke ILJTM (ILP, ADTEC dan JMTI) Lepasan SPM

Apakah syarat kelayakan permohonan kemasukan ILJTM online? Terdapat dua kategori syarat permohonan kemasukan ke ILJTM. Syarat yang pertama (1) ialah untuk Lepasan SPM, dan syarat yang kedua (2) ialah untuk Lepasan SKM / ST. Sila rujuk syarat-syarat kelayakan kemasukan ke ILJTM di bawah.

LEPASAN SPM

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 17 hingga 35 tahun; 3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM);
4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan
5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata / tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

LEPASAN SKM /ST

1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST);
4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan ; dan
5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata / tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Jika anda memilik syarat kelayakan permohonan ke ILJTM di atas, anda dipelawa untuk membuat permohonan online sebelum tarikh tutup seperti yang dinyatakan di dalam iklan pengambilan pelajar.

Cara Permohonan Kemasukan ILJTM Online

Untuk makluman anda, ILJTM membuat pengambilan sebanyak 2 kali setahun iaitu kemasukan Januari dan Julai. Permohonan yang dibuka sekarang adalah untuk kemasukan Julai 2018. Pemohon bebas untuk memilih kursus yang diminati dan institusi latihan tetapi mestilah mengikut syarat yang ditetapkan.
Permohonan ke ILJTM sesi  boleh dibuat secara online  melalui laman web UPU  >> UPU Online

Anda juga boleh melayari portal rasmi JTM di http://www.jtm.gov.my untuk maklumat lengkap.

Pelajar yang diterima mengikuti latihan di ILJTM berpeluang menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk para pelajar. Berikut ialah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak ILJTM.

  1. Bagi kemudahan latihan, Perpustakaan dan Pusat Sumber dengan kemudahan internet disediakan untuk pelajar semasa waktu bekerja.
  2. Di setiap jabatan terdapat bengkel yang makmal yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan untuk kegunaan latihan.
  3. Selain dari itu kami juga menyediakan Dewan Kuliah dan Dewan Besar untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan.
  4. Di asrama pula terdapat Dewan Makan, Surau dan kemudahan Sukan untuk keselesaan pelajar.

Selain itu terdapat kemudahan / keistimewaan khas untuk pelajar ILJTM seperti berikut kepada yang layak dan perlu sahaja.

  1. Yuran pengajian, penginapan, makan & minum PERCUMA serta Elaun Bulanan RM100 bagi pelajar peringkat Sijil
  2. Kemudahan pijamanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi pelajar peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.
  3. Bagi pelajar OKU, Yuran Pengajian, Makan & Minum PERCUMA serta Elaun Bulanan RM300 disediakan (Sila hubungi 03-8886 6484 untuk pertanyaan lanjut)

Senarai Institut Latihan ILJTM Di Malaysia

Setakat ini terdapat 26 pusat latihan (JMTI, ADTEC dan ILP) di bawah naungan ILJTM di seluruh negara. Sehingga Disember 2013, terdapat 26 buah Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Malaysia.

Sila rujuk senarai di bawah:

1.    Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
2.    Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam
3.    Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka
4.    Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat
5.    Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim
6.    Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping
7.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur
8.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat
9.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas
10.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang
11.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang
12.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar
13.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil
14.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh
15.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas
16.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) APNT
17.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra
18.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar
19.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu
20.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan
21.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bahru
22.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan
23.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri
24.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing
25.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan
26.    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan

Adakah Sijil Dari ILJTM Diiktiraf

Terdapat persoalan utama yang selalu bermain di fikiran kita bila memilih tempat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ‘adakah sijil yang dikeluarkan ILJTM diiktiraf‘ dan bagaimana peluang mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan kursus di ILJTM?
Berikut adalah dua (2) jawapan untuk persoalan tersebut dan sepertimana yang ada di laman portal rasmi ILPKK berikut ialah jawapannya:

1. Sijil yang dikeluarkan oleh ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
2. Kebanyakan lulusan ILJTM tidak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan di pelbagai sektor.

Dari jawapan ini jelas bahawa isu pengiktirafan dan peluang mendapatkan pekerjaan bukanlah isu kepada para pelajar ILJTM.

Halatuju Pelajar / Graduan Lepasan ILJTM

Bagaiman dengan halatuju graduan yang dikeluarkan oleh ILJTM, kemana halatuju selepas menamatkan pengajian di ILJTM?
Pelajar atau graduan ILJTM mempunyai peluang yang terbuka luas. Antaranya (tidak terhad) ialah seperti di bawah.

  • Anda boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA.
  • Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga keperingkat Diploma Lanjutan.
  • Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma kemahiran.

Selain itu graduan dari ILJTM dengan menggunakan set kemahiran yang telah dipelajari di ILJTM boleh membuka perniagaan sendiri.

Maklumat Perhubungan ILJTM

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus dengan pihak ILJTM menggunakan maklumat perhubungan di bawah:
Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: jtm@mohr.gov.my

Anda juga boleh rujuk info tawaran biasiswa terkini di Malaysia untuk memohon biasiswa bagi pengajian anda.

Diharapkan perkongsian mengenai permohonan kemasukan ILJTM online ini bermanfaat kepada anda. Anda digalakkan kongsikan (share) maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk makluman dan pengetahuan mereka.