Permohonan KPTM 2019 Kolej Poly Tech MARA Online

Permohonan KPTM 2019 online. Ramai pelajar yang mencari maklumat cara memohon kemasukan ke Kolej Poly Tech MARA (KPTM) tahun ini terutama para pelajar lepasan SPM.

Kolej KPTM dan juga Kolej Profesional MARA sering menjadi pilihan para pelajar untuk sambung pengajian selepas menamatkan pengajian mereka.

Soalan yang sering menjadi pertanyaan umum ialah adakah KPTM ini adalah swasta atau kerajaan. Untuk pengetahuan anda KPTM adalah kolej swasta milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permohonan online kemasukan ke KPTM Mara

Baca juga: Permohonan Kolej Profesional MARA Online

Walaupun KPTM ini adalah kolej swasta tetapi ianya menawarkan kursus-kursus yang bagus dan senang mendapat pekerjaan, di samping tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman.

Permohonan KPTM Online

Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke KPTM boleh memohon secara online. Pihak KPTM ada menyediakan portal pendaftaran pelajar untuk memudahkan urusan pendaftaran.

Sebelum membuat pendaftaran online, sila sediakan maklumat-maklumat seperti berikut kerana anda perlukannya nanti.

  • Nombor kad pengenalan
  • Emel
  • Keputusan SPM / STPM / Diploma atau mana-mana kelayakan yang akan digunakan untuk memohon
  • Maklumat ibu bapa / penjaga termasuk nombor MyKad
  • Pilihan program pengajian di KPTM

Senarai Kursus Ditawarkan KPTM

Sebelum melayari sistem permohonan online KPTM ada baiknya anda lihat senarai kursus-kursus yang ditawarkan oleh KPTM sama ada anda berminat atau tidak.

Berikut ialah senarai kursus-kursus yang ditawarkan oleh KPTM;

  • Profesional
  • Kejuruteraan
  • Multimedia Kreatif
  • Bio-Industri & Sains Kesihatan
  • Sains Sosial & Kemanusiaan
  • Sains Komputer & Teknologi Maklumat
  • Perakaunan & Pengurusan Perniagaan

Jika anda berminat dengan mana-mana kursus di atas, kolej KPTM ada menawarkannya. Untuk memohon secara online anda boleh berbuat demikian terus ke portal rasmi kolej cawangan KPTM.

Lokasi Kolej KPTM

Di Malaysia kita memilik 9 kolej cawangan KPTM yang anda boleh pilih untuk mendaftar. Anda boleh mendaftar melalui laman portal kolej-kolej cawangan KPTM tersebut seperti di bawah.

#1 Kolej University Poly Tech MARA (KUPTM Kuala Lumpur)

Kolej University Poly Tech MARA (KUPTM Kuala Lumpur)
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9206 9700 Faks : 03-9281 5764
Laman Web : http://www.kuptm.edu.my/

#2 KPTM Bangi

KPTM Bangi
Seksyen 14, Bandar Baru Bangi,
43000, Kajang, Selangor
Tel : 03-8925 9776
Faks : 03-8925 7045
Laman Web : http://bangi.kptm.edu.my

#3 KPTM Kuantan

KPTM Kuantan
Km 8, Jalan Gambang,25150, Kuantan, Pahang.
Tel : 09-536 6701
Faks : 09-536 6515
Laman Web : http://ktn.kptm.edu.my

#4 KPTM Alor Setar

KPTM Alor Setar
Tingkat 1, 2 & 3, Kompleks Perniagaan MARA, Seberang Jalan Putra,05150, Alor Setar, Kedah
Tel : 04-730 9255
Faks : 04-734 1244
Laman Web : http://astar.kptm.edu.my

#5 KPTM Ipoh

KPTM Ipoh
Wisma SSI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown,
30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-242 1003
Faks : 05-242 1002
Laman Web : http://ipoh.kptm.edu.my

#6 KPTM Kota Bahru

KPTM Kota Bahru
Seksyen 17, Bandar Kota Bharu, Jalan Lembah Sireh,15050, Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-746 2020
Faks : 09-747 7877
Laman Web : http://kbharu.kptm.edu.my

#7 KPTM Batu Pahat

KPTM Batu Pahat
Lot 55194 (PTD 53869), Jalan Gading Emas 4,
Taman Gading Emas, Seri Gading,
83300, Batu Pahat, Johor
Tel : 07-4559902/ 07-4556729
Faks : 07-4559562
Laman Web : http://bpahat.kptm.edu.my

#8 KPTM Semporna

KPTM Semporna
Lot 11 – 17, Jalan Bubul, Batu 2,
W.D.T 151, 91307 Semporna, Sabah
Tel : 089-782 801/802
Faks : 089-782 819
Laman Web : http://sp.kptm.edu.my

#9 KPTM Kedesar

KPTM Kedesar
Taman Etnobotani, Jalan Persiaran Raya,
18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim
Tel : 09-912 2022 / 09-912 1929 / 013-7150841
Faks: 09-9122086
Laman Web : http://ksd.kptm.edu.my

Alamat Perhubungan KPTM

Jika anda perlukan maklumat lanjut, atau apa-apa info yang tidak terdapat dalam artikel ini anda boleh berhubung terus dengan pihak KPTM menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my

Semoga perkongsian info mengenai permohonan KPTM online ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini kepada rakan-rakan anda.