Permohonan Online Kemasukan GIATMARA Malaysia

Permohonan online kemasukan Giatmara Malaysia. Mungkin ramai yang belum sedar bahawa pihak Giatmara di bawah naungan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan latihan-latihan kemahiran peringkat sijil untuk orang ramai yang berminat terutama golongan belia negara. Setiap tahun pihak Giatmara membuka peluang permohonan kemasukan kepada belia/warganegara yang berminat mengikuti kursus kemahiran di pusat latihan Giatmara di seluruh negara.

permohonan kemasukan giatmara online

Menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerjamahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing.

Permohonan Kemasukan Giatmara

Sebenarnya pusat kemahiran Giatmara ada banyak ditubuhkan di seluruh negara. Pelbagai bentuk kemahiran anda boleh belajar seperti kemahiran memasuk, automotive, IT, menjahit, pertukangan dan sebagainya.

Sila semak senarai kursus dan lokasi Giatmara yang terdekat dengan anda.

Latihan-latihan kemahiran yang ditawarkan di pusat kemahiran Giatmara adalah percuma, malah pelatih akan dibayar elaun pelajar dan kepada pelatih yang tinggal jauh, asrama juga biasanya disediakan. Tempoh latihan biasanya mengambil masa 6 hingga 18 bulan bergantung kepada jenis kursus.

Pelajar atau pelatih yang menunjukan kecemerlangan semasa latihan akan dibantu dari segi bantuan nasihat, teknikal dan juga pinjaman kewangan untuk memulakan perniagaan mereka dalam bidang yang dipelajari di pusat kemahiran Giatmara.

Ini menarik minat ramai pelajar. Permohonan memasuki pusat kemahiran Giatmara biasanya dibuka sepanjang tahun. Anda boleh memohon terus secara online dan boleh juga secara manual (biasanya untuk pelajar part-time sahaja).

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Giatmara

Sebelum buang masa anda menghantar permohonan, sila semak syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Giatmara.  Di bawah adalah lima (5) syarat kelayakan utama, manakala syarat kelayakan yang No.6 adalah syarat kelayakan tambahan untuk kursus-kursus tertentu.

Syarat kelayakan untuk kemasukan ke Giatmara adalah seperti berikut:

1. Bumiputera.
2. Sihat tubuh badan.
3. Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
4. Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur.
5. Berminat dengan bidang yang dipohon.
6. Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik.

Jika melihat kepada syarat-syarat kelayakan yang tersenarai di atas, maka ianya tidaklah terlalu sukar untuk memohon kemasukan ke Giatmara.

Permohonan online kemasukan ke Giatmara telah dibangunkan. Anda boleh menghantar terus permohonan anda secara online.

Permohonan Kemasukan Ke Giatmara Online

Untuk memohon anda boleh layari pautan (link) permohonan online Giatmara >> http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/

Adalah penting untuk anda membaca dan meneliti senarai 1 hingga 6 di bawah. Sebelum anda meneruskan dengan proses permohonan, Sila pastikan:

  1. Anda akan memohon untuk program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME). Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (PART TIME), sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.
  2. Anda telah menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia
  3. Anda telah menyemak lokasi GIATMARA berhampiran anda
  4. Anda mempunyai e-mel yang sah dan anda ingat kata laluan e-mel anda.
  5. Anda telah menyemak MANUAL PERMOHONAN secara online kami.
  6. Anda hanya boleh menggunakan browser google chrome  bagi proses permohonan.

Setelah mengisi ruangan dibawah, pastikan anda menyalin KATA LALUAN yang diberikan seperti pada skrin di bawah untuk teruskan dengan proses permohonan.

Permohonan online Giatmara ini amat sesuai dibuka melalui browser Google Chrome dan juga Mozzila Firefox versi terbaru.

Senarai Kursus Giatmara Seluruh Negara

Apakah anda telah bulat hati untuk membuat permohonan memasuki Giatmara? Jika sudah adalah penting untuk anda memilih kursus sebelum membuat permohonan online kemasukan ke Giatmara.

Sila rujuk gambar di bawah untuk senarai kursus-kursus yang ditawarkan oleh Pusat Kemahiran Giatmara.

Download: Senarai Kursus Giatmara (PDF)

Nota:

Perlu diingat bahawa bukan semua kursus itu ditawarkan di semua pusat latihan kemahiran Giatmara. Adalah penting untuk anda memilih kursus yang bersesuaian dengan minat anda dan juga lokasi kediaman anda.

Pensijilan Giatmara

Berikut ialah senarai sijil-sijil  kemahiran yang ditawarkan di pusat kemahiran Giatmara. Anda dinasihatkan untuk menyemak dengan Pusat Kemahiran Giatmara yang terdekat untuk penjelasan lanjut mengenai sijil-sijil yang tersenarai di bawah.

• Sijil Profesional GIATMARA
• Sijil Kemahiran GIATMARA
• Sijil Modular GIATMARA
• Sijil Teknologi GIATMARA
• Sijil Kehadiran GIATMARA
• Sijil Kemahiran Warisan GIATMARA
• Sijil Perantisan GIATMARA
• Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & 
Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
• Sijil Kemahiran Malaysia

Cara Menghubungi Giatmara

Anda boleh menghubungi pihak Giatmara menggunakan alamat perhubungan di bawah:

WISMA GIATMARA
No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: webmaster@giatmara.edu.my

Diharapkan perkongsian mengenai permohonan online kemasukan Giatmara ini bermanfaat kepada anda. Sila share maklumat ini kepada rakan-rakan yang masih mencari peluang kursus kemahiran untuk masa depan mereka.