Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 Online

Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 online. Anda berminat untuk memohon jawatan sebagai pegawai imigresen di Malaysia? Jawatan sebagai pegawai imigresen adalah jawatan yang paling banyak dipohon dan amat popular dikalangan pencari kerja yang berkelulusan peringkat SPM.

Untuk makluman anda untuk memohon jawatan sebagai pegawai imigresen anda perlu memohon melalui Portal Rasmi SPA8i. Setiap tahun akan ada iklan dikeluarkan untuk jawatan sebagai pegawai imigresen KP19 dikeluarkan oleh pihak SPA.

permohonan Pegawai Imigresen KP19

Jika anda berminat untuk memohon anda boleh memohon melalui Borang Online SPA8i di portal rasmi SPA. Tahun ini sebanyak 415 kekosongan ditawarkan di pasukan imigresen Malaysia.

Permohonan Online Pegawai Imigresen KP19

Untuk membuat permohonan sila layari link/pautan di bawah.

a. https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
b. https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Sebelum memohon ada baiknya anda membaca dengan teliti syarat-syarat kelayakan Pegawai Imigresen KP19 untuk panduan anda.

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Kepada anda yang memohon kami ucapkan semoga berjaya. Semoga perkongsian mengenai permohonan pegawai imigresen Gred KP19 online ini bermanfaat kepada anda.

Sila like dan share info ini.