Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Permohonan pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA online. Perkongsian ini untuk panduan ringkas kepada pelajar yang ada membuat Pinjaman Pelajaran MARA bagi tujuan membiayai pengajian mereka. Maklumat  yang dikongsikan ini diambil dari artikel bantuan pinjaman MARA.

Mungkin anda tidak menyedari atau belum maklum bahawa peminjam  pinjaman pelajaran MARA boleh memohon pengurangan bayaran balik pinjaman mereka.

Sebelum anda membaca lanjut mengenai topik diskaun bayaran balik pinjaman MARA, anda seharusnya sudah membuat semakan  baki pinjaman pelajaranMARA yang perlu anda bayar untuk memudahkan anda memahami topik ini.
Sila rujuk laman portal eBaki Mara untuk mengetahui baki pinjaman MARA anda. Dalam edisi panduan ringkas permohonan pengurangan bayaran Pinjaman Pelajaran MARA ini, anda akan memahami topik-topik ini.
  • Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA
  • Syarat-syarat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
  • Cara Membuat Permohonan Online Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA
  • Panduan Menggunakan Portal Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA Online
  • Cara Menghubungi Pihak MARA Berkenaan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA

Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

Ramai antara kita yang ada meminjam dari MARA semasa melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah. Pinjaman itu tentunya harus/wajib dibayar balik sepenuhnya mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun pihak MARA ada juga memberikan peluang dan pertimbangan di mana peminjam boleh membuat permohonan pengurangan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA yang telah mereka pinjam.

Keputusan berapa banyak/jumlah yang dikurangkan itu  bergantung kepada budibicara dan pertimbangan pihak MARA selepas mengambil kira berberapa faktor termasuk pencapaian akademik peminjam.

Untuk tujuan ini pihak MARA telah mewujudkan portal khas untuk peminjam membuat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA secara online untuk memudahkan kita peminjam.

Teruskan membaca maklumat seterusnya untuk rujukan dan panduan anda.

Maklumat Am Permohonan eConversion Online

Berikut ialah maklumat am mengenai permohonan pengurangan pinjaman pendidikan  MARA. Penting untuk anda baca dan memahaminya sebelum membuat permohonan online melalui portal (eConversion) yang disediakan oleh pihak MARA.

1. Untuk syarat-syarat permohonan, sila rujuk Syarat Pengurangan Pinjaman Pelajaran (Conversion)

2. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan sempurna sebelum hantar. Sila rujuk Panduan Pengguna

3. Hanya 1 permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap Pemohon. Pastikan maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap.

4. Permohonan Pengurangan Pinjaman akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu.

5. Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang Pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 Tahun atau didenda RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.

Nota: Adalah penting kepada pemohon untuk memastikan semua maklumat yang diberi/diisi semasa membuat permohonan online adalah tepat dan betul.

Syarat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA

Jika anda bercadang untuk membuat permohonan online pengurangan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA, adalah penting untuk anda memahami syarat-syarat yang tersenarai di bawah.1. Kelayakan Memohon :
a) Pelajar lulus pengajian yang diikuti di bawah Tajaan MARA.2. Dokumen yang perlukan untuk permohonan :
a) Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd (disahkan benar)
b) Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar)Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret/Peguam.
Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.3. Pemohon perlu membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA (bukti pembayaran perlu disertakan).4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

5. Sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum Pengurangan Pinjaman Pelajaran diluluskan tidak akan dikembalikan (bagi peminjam yang tidak memohon Pengurangan dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA).

6. Kelulusan Rasmi Permohonan Pengurangan boleh disemak melalui sistem e-baki di url http://apps.mara.gov.my

Untuk membuat permohonan pengurangan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA anda boleh melakukannya secara online di portal khas yang disediakan oleh pihak MARA.

Cara Memohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Online

Untuk membuat permohonan online sila layari url di bawah:
http://online06.mara.gov.my/econversion/index.php?mtd=signin

econversion Mara

Untuk menggunakan portal eConversion, ada baiknya anda download panduan menggunakan portal tersebut. Panduan ini telah disediakan khas oleh pihak MARA untuk panduan dan rujukan anda.

Panduan Menggunakan Portal Permohonan Online eConversion

Panduan ini dalam bentuk format PDF di mana anda boleh download dan cetak/print. Anda boleh jadikannya panduan semasa membuat permohonan online eConversion nanti.

Untuk download panduan tersebut klik >>> Panduan Online eConversion

Linknya terletak di sudut atas sebelah kanan. Sila rujuk gambar di bawah.

Anda juga boleh rujuk bahagian Soalan Lazim (FAQ) mengenai eConversion supaya anda lebih memahami mengeni skim pengurangan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA dengan melayari  >>> eConversion Soalan Lazim.

Hubungi Pihak Pinjaman Pelajaran MARA

Mungkin anda perlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi terus pihak yang menguruskan pinjaman pelajaran MARA untuk pelajar.

Sebarang pertanyaan sila hubungi bahagian berikut :
i) Pertanyaan maklumat yang berkaitan sistem:
MARA CALL CENTER   di talian
03-2613 2000 samb. 35082 / 35084/ 35085 / 35086

ii) Bagi pelajar yang masih menerima elaun dan sebelum menerima jadual bayaran balik:
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-2613 2000 samb. 32060 / 32056 / 32063 / 32087 / 32071

iii) Bagi pelajar yang tamat pembelajaran dan telah menerima jadual bayaran balik:
Bahagian Kawalan Kredit MARA    di talian 03-2613 2000 samb. 32286 / 32131 / 32288 / 32192 / 32288 / 32133 / 32178 / 32399 / 32397

Semoga perkongsian mengenai sistem permohonan online pengurangan bayaran balik Pinjaman Pendidikan MARA ini bermanfaat kepada anda. Sila share maklumat ini kepada rakan-rakan yang  ada membuat pinjaman pelajaran MARA sebagai panduan mereka.