Semakan Status Permohonan PTPTN 2019 Online

Semakan status permohonan PTPTN 2019 secara online. Jika anda sambung pengajian ke peringkat diploma atau ijazah, besar kemungkinan anda ada membuat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN. Kali ini kami ingin kongsikan cara buat semakan status kelulusan pinjaman ptptn 2019 anda sebagai panduan anda.

Sebelum memohon adakah anda sudah membaca syarat-syarat permohonan PTPTN? Jika belum anda boleh baca penerangan terperinci di bawah nanti.

Baca juga: Semakan Wang Pendahuluan PTPTN (WPP) Online

Panduan Semakan Status Permohonan PTPTN

Sebenarnya untuk membuat semakan anda hanya perlu mengikuti 3 langkah mudah di bawah. Ianya tidaklah rumit seperti yang ramai orang fikirkan.

Langkah #1 – Layari portal rasmi PTPTN Online

Langkah #2 – Masukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan (password) yang anda telah gunakan semasa membuat permohonan online kali pertama sebelum itu.

Sila rujuk gambar di bawah.

Cara buat semakan status permohonan ptptn online

Langkah #3 – Status permohonan (diluluskan/tidak diluluskan) akan dipaparkan di screen komputer anda.

Sila lihat gambar di bawah. Contoh paparan status permohonan anda.

Syarat Permohonan PTPTN

Penerangan di atas adalah cara untuk membuat semakan status permohonan anda. Info itu untuk mereka yang sudah membuat permohonan secara online.

Bagaimana pula dengan pelajar yang baru bercadang untuk membuat permohonan pinjaman PTPTN? Jika anda belum membuat permohonan sila baca terlebih dahulu syarat-syarat untuk memohon pinjaman PTPTN.

Di bawah adalah syarat-syarat untuk memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan;
  3. Mendapat tawaran ke Universiti Awam / IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA / IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  8. Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus.

Hubungi PTPTN

Jika anda masih perlukan maklumat lanjut atau ada sebarang pertanyaan berkaitan PTPTN anda boleh berhubung terus menggunakan maklumat perhubungan di bawah;

Semoga perkongsian mengenai cara buat semakan status permohonan PTPTN ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.