Permohonan Rayuan BSH 2019 Melalui MyBSH Online

Permohonan rayuan BSH 2019 melalui portal MyBSH online dibuka dari 1 Julai hingga 15 ogos tahun ini. Ini peluang kepada orang ramai untuk merayu pertimbangan untuk permohonan mereka. Jika anda belum mengemukakan dokumen yang diperlukan sila berbuat demikian sebelum tarikh tutup menghantar rayuan BSH.

Baca juga: Tarikh Pembayaran Fasa 1, Fasa 2 Dan Fasa 3 BSH.

Jika anda gagal dalam permohonan anda sebelum ini dan masih bercadang untuk memohon, anda boleh buat permohonan rayuan pada pembayaran Fasa 3 nanti.

Di sini dikongsi info untuk rujukan dan panduan anda. Sila ambil perhatian kepada tarikh yang ditetapkan untuk membuat rayuan.

Permohonan Rayuan BSH online

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk membuat rayuan.

Jika anda dalam kategori seperti di bawah, anda mungkin tidak layak.

  1. Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  7. Pemegang saham / pengarah syarikat
  8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  10. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

SYARAT KELAYAKAN BSH

Pemohon yang layak membuat rayuan haruslah memilik kelayakan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah seperti di bawah.

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)

Hubungan anak mestilah:

  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU

RAYUAN BSH 2019

Jika anda memenuhi syarat kelayakan seperti yang tersenari di atas, anda boleh / layak memohon rayuan atau pertimbangan semula.

Anda boleh membuat permohonan melalui portal MyBSH online

BSH FAQ Untuk Rujukan Anda

Jika anda memerlukan penerangan terperincin mengenai rayuan BSH, anda boleh download dokumen dalam format PDF di bawah dan boleh membacanya dengan teliti.

Sila download BSH FAQ.

Kepada yang akan permohonan rayuan BSH tahun ini kami ucapkan semoga berjaya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini kepada kawan-kawan yang memerlukannya.