Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2020 Tingkatan 1 Online

Permohonan Sekolah Berasrma Penuh (SBP) 2020 Tingkatan 1 online. Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 untuk sesi pengambilan tahun depan . Sebelum memohon ada baiknya anda memahami bahawa terdapat syarat kelayakan yang perlu anda ada untuk memasuki SBP Tingkatan 1.

Kali ini kami ingin kongsikan syarat kemasukan Sekolah Berasrama Penuh untuk rujukan dan panduan anda. Maklumat lebih terperinci boleh anda baca di sini.

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2020

Tarikh tutup permohonan tahun ini ialah sehingga 27 Sept 2019.

Semua pelajar yang memohon kemasukan ke SBP dikehendaki menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang akan dilaksanak pada 14 hingga 18 October 2019. Tiada Ujian Ulangan akan dibuat.

 

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Sebelum itu, mengapa ramai pelajar ingin memasuki SBP?

Ramai pelajar yang mengidam/teringin memasuki SBP kerana banyak kebaikan dan faedah yang akan diperolehi nanti. Antaranya ialah pembentukan sahsiah diri dan akademik yang tinggi. Begitu juga keyakinan diri dan jati diri yang kental ditanam dalam diri para pelajar.

Tidak hairan para ibubapa juga menginginkan anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke SBP selepas UPSR.

Tetapi bukan semua boleh masuk ke SBP. Ini kerana tempat terhad dan hanya pelajar yang berkelayak akademik yang tinggi dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum akan dipertimbangkan memasuki SBP.

Yang baiknya, permohonan memasuki SBP Tingkatan 1 kini lebih mudah dan pantas. Semua proses permohonan boleh dilakukan secara online.

Panduan Memohon SBP Tingkatan 1

Sila baca maklumat-maklumat penting permohonan ke SBP Tingkatan 1 untuk panduan anda.

Butiran Permohonan SBP Tingkatan 1

  • Tarikh buka permohonan sbp Tingkatan 1 : Oktober
  • Tarikh tutup permohonan Tingkatan 1 : November
  • Untuk melayari borang permohonan SBP Tingkatan 1 online : sila klik DISINI
  • Untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my
  • Untuk mendapatkan panduan am untuk mengisi borang permohonan online : sila klik DISINI
  • Senarai Sekolah mengikut ALIRAN bagi Tingkatan 1 : KLIK SINI
  • Senarai Subjek yang ditawarkan mengikut ALIRAN : KLIK SINI

Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1

Berikut adalah syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1

  • Pelajar haruslah berwarganegara Malaysia
  • Pelajar adalah yang bersekolah di Sekolah Kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Keputusan akademik yang cemerlang hendaklah diperoleh oleh pemohon atau minimum 3A dan 3B berdasarkan keputusan UPSR (termasuk mendapat A bagi subjek Matematik dan Sains)
  • Pelajar mestilah aktif dalam kokurikulum
  • Mesti mendapat markah yang baik dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani; Sukan dan Kokurikulum (PAJSK); Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Mendapat keputusan yang baik bagi Ujian Kemasukan Sekolah Berasarama Penuh UKSBP

Senarai Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia

Mungkin ada teringin mengetahui sedikit info tentang ini. Tetapi rasanya taraf / tahap SBP di seluruh negara adalah sama. Tiada istilah yang terbaik atau kurang baik, bagi penulis semuanya adalah terbaik.

Terpulanglah kepada pelajar itu sendiri memanfaatkan masanya semasa berada di mana-mana SBP sekali pun.

Untuk senarai SBP di seluruh negara sila rujuk di sini.

Semoga perkongsian mengenai permohonan SBP Tingkatan 1 ini bermanfaat kepada anda. Kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.