Permohonan Kemasukan Program Master Di UMK Kelantan

Permohonan kemasukan Program Master UMK Kelantan. Program Master di UMK(Universiti Malaysia Kelantan) fokus kepada bidang keusahawanan (entrepreneurship) yang menawarkan 8 bidang iaitu bidang management, finance, commerce, accounting, retailing, tourism, hospitality dan health entrepreneurship. Ini adalah peluang baik kepada pelajar untuk mendapatkan ilmu mendalam dan kepakaran melalui penyelidikan. Kaedah pembelajaran berteraskan penyelidikan (research) ini membolehkan pelajar mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman di bawah pengawasan individu yang pakar dalam bidang tersebut.

program master di UMK Kelantan

Tahun ini UMK dinobatkan sebagai universiti yang paling banyak memenangi pingat emas iaitu sebanyak tujuh (7) pingat emas sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2019 pada bulan Februari yang lalu. Pencapaian yang luar biasa ini bakal menjadikan UMK menjadi pilihan utama pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat master pada masa akan datang.

Senarai Program Master Ditawarkan UMK

Di bawah adalah senarai kursus program master yang ditawarkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ketika ini. Sila lihat senarai di bawah.

Master Degree Programmes:

  • Master of Entrepreneurship (Management)
  • Master of Entrepreneurship (Finance)
  • Master of Entrepreneurship (Commerce)
  • Master of Entrepreneurship (Accounting)
  • Master of Entrepreneurship (Retailing)
  • Master of Entrepreneurship (Tourism)
  • Master of Entrepreneurship (Hospitality)
  • Master of Entrepreneurship (Health Entrepreneurship)

Bantuan Kewangan Pelajar Master UMK Kelantan

Pelajar program master di UMK Kelantan berpeluang untuk memohon salah satu dari bantuan kewangan berikut untuk membiayai/membayar yuran pengajian mereka.

Bantuan kewangan ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menyelesaikan pengajian peringkat master mereka tanpa menghadapi banyak masalah kewangan. Untuk pengetahuan anda jumlah individu pemegang master degree di Malaysia masih di tahap yang amat sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara maju.

Syarat Kelayakan

Pelajar yang ingin mengikuti kursis ini perlu memilik syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh pihak UMK. Pelajar yang memilik syarat kelayakan kemasukan program master UMK ini bolehlah download borang permohonan yang disediakan untuk memohon.

Sila buat semakan syarat kelayakan melalui jadual di bawah.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM MASTER DI UMK
1. Bachelor's Degree with Honors (CGPA> 2.75) from recognized Public or Overseas Institutions of Higher Learning or qualification equivalent to those accepted by the University Senate.
2. However, an applicant with other qualifications may also be considered if he / she has the appropriate research experience and can demonstrate his / her ability to follow Graduate Studies.

Sila berhubung terus dengan pihak UMK jika anda perlukan khidmat nasihat mengenai syarat kelayakan ini.

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Program Master di UMK

Untuk memohon kemasukan untuk program ini anda boleh download borang permohonan dari link yang diberikan di bawah.

Borang permohonan>> Program Master UMK Online

Maklumat Perhubungan UMK

Jika anda berminat untuk memasuki program master di UMK dan perlukan maklumat lanjut anda boleh menghubungi pihak UMK menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Centre for Postgraduate Studies
Universiti Malaysia Kelantan
Pengkalan Chepa Campus
Locked Bag 36
16100 Kota Bharu
Kelantan

Semoga perkongsian maklumat mengenai permohonan kemasukan program master di UMK Kelantan ini bermanfaat kepada anda. Sila share dengan kawan-kawan yang lain.