Proton X50: Spesifikasi, Gambar Interior & Exterior, Harga SUV Terbaru

Kejayaan model Proton X70 terdahulu menyebabkan ramai yang teruja mengetahui berita SUV Proton kedua yang bakal di lancarkan tahun depan iaitu Proton X50.

SUV Proton versi kedua ini dijangka akan dilancarkan pada tahun depan bakal memberi saingan sengit kepada model sedia ada dalam pasaran seperti Honda HR-V, Toyota C-HR, Peugeot 2008 dan juga model Subaru XV.

Sepanjang bulan mei 2019, Proton merekodkan jualan sebanyak 10,611 unit merupakan angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan.

Dari angka tersebut sebanyak 2,439 unit adalah jualan Proton X70. Setakat ini jumlah keseluruhan Proton X70 yang telah diserah kepada pelanggan adalah sebanyak 13,572 unit.

Persoalannya ialah, apakah keluaran SUV Proton X50 yang bakal dilancarkan ini dapat meneruskan kejayaan X70? Kita tunggu.

PROTON X50 INTERIOR

Proton X50 interior spesifikasi

Baca juga: Harga buat Lesen Memandu 2019

PROTON X50 EXTERIOR

REVIEW PROTON X50

Di sini dikongsikan kepada anda review Geely Binyue 1.5 turbo atau Proton X50 yang dibuat oleh Paultan.org

Kereta model Geely Binyue ini telah dilancarkan di China pada tahun lepas.

Tengok pula kereta Geely Binyue kerana kereta Proton X50 ini adalah adaptasi dari kereta keluaran China tersebut.

HARGA PROTON X50

Pastinya kita telah melihat bentuk design interior, exterior dan juga review dari paultan.org. Memang kereta ini hebat bukan?

Berapa agaknya harga kereta Proton X50 ini kelak di Malaysia?

Di China harga model Geely Binyue ini adalah antara 78,800 yuan atau RM48K untuk model 1.0 liter hingga 118,800 yuan atau RM72K. Kalau di Malaysia berapakah harga kereta ini?

Persoalan ini belum ada jawapannya kerana model Proton X50 ini belum pun dilancarkan secara rasminya.

Untuk makluman anda harga Proton X70 adalah sekitar RM99,800, bermakna harga X50 ini dijangka lebih rendah berbanding X70.

Semoga perkongsian info mengenai Proton X50 ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.