SAPS Ibu Bapa (NKRA-KPM) Analisis Peperiksaan Semakan Ibubapa
Login SAPS Ibubapa (NKRA-KPM) Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah semakan ibubapa. Info ini penting kepada para ibu bapa kerana sistem SAPS ibubapa online ini adalah tempat di mana perkembangan akademik anak-anak anda di sekolah boleh dipantau secara online.
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ibubapa boleh diakses secara online jika anda ada talian/connectivity internet.
Para ibu bapa boleh semak secara online keputusan peperiksaan anak-anak mereka dari masa ke semasa. Keputusan peperiksaan umum UPSR, PT3, SPM dan STPM tidak disokong/terdapat dalam SAPS ibubapa.
Login SAPS Ibubapa NKRA-KPM Online
Untuk membuat semakan atau akses ke sistem SAPS ibubapa anda boleh login melalui portal khas yang disediakan oleh pihak KPM.
Sila layari link di bawah untuk ke portal SAPS Ibubapa online.

Dari dalam portal tersebut anda boleh akses keputusan peperiksaan sekolah anak-anak anda dengan mudah tanpa perlu ke sekolah.
Rujukan Gred Pemarkahan Peperiksaan
Sebagai rujukan anda di bawah adalah sistem gred pemarkahan sekolah untuk rujukan/panduan anda.
Gred Sekolah Rendah
- 80-100 Gred A Cemerlang
- 65-79 Gred B Baik
- 50-64 Gred C Memuaskan
- 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah
- 85-100 Gred A Cemerlang
- 70-84 Gred B Kepujian
- 60-69 Gred C Baik
- 50-59 Gred D Memuaskan
- 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
- 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
- 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
- 70-79 Gred A- Cemerlang
- 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
- 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
- 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
- 50-54 Gred C Kepujian
- 45-49 Gred D Lulus Atas
- 40-44 Gred E Lulus
- 0-39 Gred G Gagal
- TH Tidak Hadir
Anda digalakkan untuk membaca maklumat lanjut mengenai sistem SAPS Ibubapa online jika anda mempunyai masalah mengakses sistem SAPS NKRA ini.
Bantuan Pengguna SAPS Ibubapa NKRA-KPM
Jika anda menghadapi apa-apa masalah menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) anda boleh dapatkan bantuan dari mana-mana pihak seperti yang dalam jadual di bawah.
Semoga perkongsian mengenai SAPS Ibubapa (NKRA-KPM) Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah online ini bermanfaat kepada anda.