SAPS Ibu Bapa NKRA: SemaK Slip Peperiksaan Pelajar 2019

SAPS Ibu Bapa NKRA semak slip peperiksaan pelajar 2019 online. Para ibu bapa kini boleh menyemak slip peperiksaan pelajar secara online melalui portal SAPS ibu bapa NKRA (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Sistem SAPS NKRA ini telah diperkenalkan oleh pihak KPM untuk membolehkan dan memudahkan ibu bapa memantau perkembangan pembelajaran/pencapaian anak-anak mereka di sekolah.

Sila ambil perhatian SAPS ibu bapa NKRA tidak memberikan slip peperiksaan utama seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Sistem SAPS ibu bapa ini hanya membenarkan semakan ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yang diuruskan oleh pihak sekolah termasuklah keputusan peperiksaan percubaan.

SAPS IBU BAPA NKRA 2019

Untuk membuat semakan, para ibu bapa boleh ikuti langkah di bawah sebagai panduan. Prosesnya senang sahaja.

Login SAPS NKRA Ibu Bapa

1. Layari portal SAPS Ibu Bapa NKRA dengan klik link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
2. Masukkan nombor MyKAD (Kad Pengenalan) pelajar dan klik “Cari’
3. Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah
4. Klik butang “Semak’
5. Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar.

SAPS NKRA Online

Sebagai rujukan anda, di bawah adalah rujukan gred pemarkahan di sekolah rendah, menengah dan menengah atas untuk panduan para ibu bapa.

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Masalah Login SAPS NKRA

Sejak sistem ini diperkenalkan ada berberapa aduan yang diterima. Antaranya ialah masalah tidak boleh login ke sistem portal SAPS Ibu Bapa.

Dalam banyak kes, masalah seumpama itu berlaku kerana pengguna terlupa ID atau kata laluan (password) sebenar mereka. Oleh itu anda digalakkan untuk menulis login ID dan kata laluan di tempat yang selamat untuk memudahkan anda pada kemudian hari.

Kesilapan penggunaan huruf besar/kecil bagi ID dan kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak dapat login ke portal SAPS NKRA Ibu Bapa.

Untuk mengatasi masalah tersebut, pengguna boleh berhubung terus dengan menghubungi HELPDESK SAPS NKRA

Para ibu bapa juga boleh menghubungi pihak sekolah untuk mengatasi masalah tidak boleh login ke SAPS NKRA untuk memaklumkan perkara tersebut.