Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

Semakan baki pinjaman PTPTN online dan SMS. Mungkin kita sudah lama membayar setiap bulan pinjaman PTPTN anda dan berminat untuk mengetahui baki PTPTN anda. Sebenarnya kita boleh membuat semakan baki PTPTN dengan melalui aplikasi online dan juga SMS. Jika anda membayar setiap bulan dengan konsisten, adalah lumrah  dan sebenarnya amat penring anda berminat untuk mengetahui berapa banyak lagi baki hutang PTPTN yang perlu di langsaikan. Dengan perkembangan teknologi terkini, membuat semakan baki PTPTN amatlah mudah dan pantas.

Dalam artikel ini anda akan mendapat informasi mengenai dua (2) perkara penting berikut:

  • Cara Semakan Baki PTPTN Secara Online
  • Cara Semakan Baki PTPTN Secara SMS 
  • Insentif Bayaran Balik PTPTN
  • Perkhidmatan Lain Semakan Melalui SMS

Cara Buat Semakan Baki PTPTN Online

Untuk membuat semakan baki PTPTN online anda hanya perlu melalui enam (6) langkah mudah dan pantas seperti di bawah.

Langkah 1

Layari laman portal rasmi PTPTN >>> www.ptptn.gov.my

semakan baki pinjaman ptptn online

Langkah 2

Klik ikon (button) ‘SEMAKAN PENYATA PINJAMAN

Langkah 3

Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan klik ‘CARI

Langkah 4

Klik link ‘PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH

Langkah 5

Paparan seperti gambar di bawah akan muncul. Masukkan nombor Kad Pengenalan serta kata laluan (password) anda dan tekan ‘LOG MASUK


Langkah 6

Penyata pinjaman PTPTN anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

Nota: Jika anda lupa kata laluan (password) layari laman web PTPTN/SSPN  dan ikut arahan yang diberikan, masukkan nombor Kad Pengenalan dan jika lupa kata laluat reset sahaja password anda, masuk email, password baru anda akan dihantar ke email anda. Selepas anda mendapat password baru, teruskan mengakses baki pinjaman PTPTN anda.

Cara Buat Semakan Baki PTPTN Melalui SMS

Semakan baki pinjaman PTPTN melalui sistem SMS adalah salah satu cara yang agak popular. Anda boleh membuat semakan dengan menghantar SMS ke 15888.

Untuk membuat semakan melalui SMS anda hanya perlu menaip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN dan hantar ke 15888

setiap SMS yang anda hantar untuk tujuan ini akan dikenakan caj berjumlah RM0.15 dan juga sebanyak RM0.20 untuk menerima SMS.

Insentif Baru PTPTN

seperti yang telah dilaporkan sebelum ini melalui badget 2018, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif diskaun yang berkuatkuasa mulai 22 October 2016 sehingga 31 Desimber 2018. Insentif ini dibuat supaya peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN mereka.

Senarai Insentif PTPTN

  • Diskaun sebanyak 15% atas baku hutan untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun sebanyak 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Diskaun sebanyak 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual yang ditetapkan.

Senarai Perkhidmatan Lain PTPTN

PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan lain. Sila rujuk senarai di bawah untuk makluman anda.

Antara perkhidmatan lain PTPTN yang menggunakan SMS ialah:

  • Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semakan kelayakan pelepasan cukai SSPN-i
  • Semakan baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional

Hubungi PTPTN

Jika anda ingin mendapatkan bantuan lanjut sila hubungi 03-20804455 atau gunakan mana-mana maklumat perhubungan di bawah:

a. Careline PTPTN – 03-2193300
b. Fax – 03-2193 1263 / 03-2193 1267
c. Senarai Cawangan PTPTN
d. Bantuan PTPTN Online

Semoga perkongsian mengenai cara semakan baki pinjaman PTPTN online dan SMS ini bermanfaat untuk anda. Adalah penting untuk membayar balik pinjaman PTPTN kita untuk membantu orang lain yang memerlukan kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN.