Semakan Keputusan Matrikulasi Online 2019

Semakan keputusan matrikulasi online. Pelajar yang ada memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sesi 2019 boleh membuat semakan melalui applikasi online yang disediakan oleh pihak KPM. Untuk membuat semakan keputusan permohonan ke matrikulasi anda hanya perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru/No Lembaga Peperiksaan diruangan yang disediakan.

semakan keputusan permohonan ke matrikulasi online

Tahun ini semakan keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi boleh dibuat bermula 15 April 2019.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Matrikulasi Online

Untuk makluman anda tahun ini semakan keputusan tawaran ke Matrikulasi telah ditetapkan pada 15 April 2019. Ini bermakna pemohon yang tidak berjaya mendapat tempat boleh mula membuat rayuan ke Matrikulasi bermula pada tarikh tersebut.

Pelajar yang berjaya mendapat tempat dikehendaki mendaftar di kolej matrikulasi masing-masing (di mana anda ditempatkan) pada 11/12 Mei 2019 iaitu Sabtu dan Ahad.

Cara Buat Semakan Keputusan Permohonan Ke Matrikulasi

Untuk membuat semakan, anda hanya perlu menggunakan sistem applikasi semakan online yang disediakan oleh pihak KPM.

Layari link>> Sistem Permohonan Online Matrikulasi KPM

Nota: Pelajar yang berjaya mendapat tawaran perlu membuat prapendaftaran secara dalam talian pada tarikh yang akan dikemaskini dengan mendapatkan maklumat lanjut prapendaftaran daripada laman sesawang kolej Matrikulasi pelajar ditawarkan

Semakan Keputusan Matrikulasi Secara SMS

Selain kemudahan semakan melalui sistem applikasi online, pelajar juga boleh membuat semakan keputusan kemasukan ke matrikulasi melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Cara ini lebih mudah dan pantas.

Sila ikuti kaedah semakan melalui SMS di bawah.

  • Taip: MOE (Jarak) MAT (Jarak) NO. KP Hantar ke: 15888
  • Contoh: MOE MAT 990527031234 sms ke 15888

Semakan keputusan matrikulasi melalui SMS

Prapendaftaran Calon Jaya Program Matrikulasi Online

Pelajar yang berjaya mendapat tempat ke matrikulasi dikehendaki mendaftar di kolej matrikulasi masing-masing pada tarikh yang ditetapkan di atas.

Sila rujuk senarai kolej matrikulasi dan pautan (link) di bawah.

KOLEJ MATRIKULASILAMAN WEBSITE
1. Kolej Matrikulasi Melakahttp://register.kmm.matrik.edu.my/
2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilanhttp://register.kmns.matrik.edu.my/
3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinanghttp://register.kmpp.matrik.edu.my/
4. Kolej Matrikulasi Perlishttp://register.kmp.matrik.edu.my/
5. Kolej Matrikulasi Labuanhttp://register.kml.matrik.edu.my/
6. Kolej Matrikulasi Johorhttp://register.kmj.matrik.edu.my/
7. Kolej Matrikulasi Perakhttp://register.kmpk.matrik.edu.my/
8. Kolej Matrikulasi Kedahhttp://register.kmk.matrik.edu.my/
9. Kolej Matrikulasi Pahanghttp://register.kmph.matrik.edu.my/
10. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedahhttp://register.kmtk.matrik.edu.my/
11. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahanghttp://register.kmtph.matrik.edu.my/
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Johorhttp://register.kmtj.matrik.edu.my/
13. Kolej Matrikulasi Selangorhttp://register.kms.matrik.edu.my/
14. Kolej Matrikulasi Kelantanhttp://ematris.matrik.edu.my/eStudent/login.action
15. Kolej Matrikulasi Sarawakhttp://register.kmsw.matrik.edu.my/

Nota: Pelajar yang ditawarkan Program Matrikulasi 2019/2020 yang masih belum mendaftar secara dalam talian/ online dan masih menunggu keputusan UPU pada tarikh yang akan dikemaskini, masih boleh membuat pendaftaran secara manual di kolej tawaran masing-masing pada tarikh yang akan dikemaskini

Sebarang maklumat dan pengumuman terkini berkaitan dengan keputusan permohonan dan tawaran Matrikulasi KPM 2019, sila layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://moe.gov.my

Maklumat Lanjut

Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi online, anda boleh rujuk kepada laman website rasmi pihak KPM anda berhubung terus dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sistem aplikasi semakan tawaran hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh serta masa yang telah dimaklumkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pendaftaran Pelajar Baharu adalah pada tarikh yang akan dikemaskini. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan / tindakan / makluman lanjut melalui laman sistem aplikasi semakan tawaran tersebut.

Semoga perkongsian mengenai semakan keputusan matrikulasi online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.