Semakan Keputusan Status Kad Debit Pelajar KADS1M

Semakan keputusan status kad debit pelajar KADS1M. Pelajar yang ada memohon Kad Debit Pelajar (KADS1M) tentu ingin mengetahui status permohonan anda bukan? Berita baiknya, anda boleh membuat semakan status permohonan KADS1M anda dengan mudah hanya melalui sistem applikasi online. Kali ini kami akan kongsikan maklumat cara untuk membuat semakan permohonan KADS1M Bank Rakyat anda. Untuk info yang lebih lengkap dan terperinci layari Semakan KADS1M Bank Rakyat Online.

Baca juga: Senarai Tawaran Biasiswa Terkini Malaysia

Permohonan KADS1M Online

Pelajar yang belajar di IPTA dan IPTS berstatus warganegara Malaysia layak memohon KADS1M. Jika anda belum memohon sila memohon sekarang. KADS1M adalah singkatan kepada Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia.

Sila rujuk carta aliran proses permohonan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) /Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) di bawah sebagai panduan anda. Anda boleh membuat permohonan di Bank Rakyat online atau berhubung denga pihak kolej/universiti tempat anda belajar.

KADS1M Pelajar

Semakan status permohonan KADS1M

Untuk membuat semakan status permohonan KADS1M online sila layari portal khas yang disediakan oleh Bank Rakyat.

Sila rujuk gambar ilustrasi di bawah untuk rujukan anda.

Semakan KADS1M online

Semakan Status Permohonan KADS1M >>> https://www.bankrakyat.com.my/bppt/semak

Untuk makluman anda semua pelajar IPTS/IPTS boleh memohon kemudahan KADS1M ini.

Syarat Kelayakan Memohon KADS1M

Di bawah adalah syarat-syarat kelayakan untuk permohonan KADS1M. Jika anda memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah anda bolehlah memohon.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2017 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:-
    • Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; atau
    • IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa

Maklumat Lanjut

Jika anda masih perlukan maklumat lanjut mengenai KADS1M Bank Rakyat, sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.

Semoga perkongsian mengenai permohonan dan semakan keputusan status Kad Debit Pelajar KADS1M ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain sebagai makluman dan pengetahuan mereka.