Semakan Keputusan UPU 2019 Online UA IPTA

Semakan keputusan UPU 2019 online. Pelajar yang ada memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA) IPTA boleh membuat semakan bermula 5 Mei 2019 jam 12 tengahari. Semakan UPU online boleh dibuat melalui lama portal yang disediakan oleh pihak UPU.

Keputusan permohonan UPU

Pelajar lepasan SPM / STPM yang ada memohon kemasukan ke IPTA melaluu UPU boleh membuat semakan bermula pada hari keputusan UPU diumumkan.

Sila rujuk gambar/ilustrasi di bawah yang memaparkan maklumat penting seperti tarikh sesi akademik tahun ini, link portal semakan keputusan UPU, hebahan dan maklumat mengenai panggilan temuduga.

Semakan keputusan UPU

Cara Buat Semakan Keputusan UPU Online & SMS

Untuk membuat semakan boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu semakan melalui online dan secara SMS.

Kedua-dua cara ini adalah mudah dan pantas.

Semakan Secara Atas Talian/Online

Untuk membuat semakan secara online, gunakan mana-mana dari 5 link yang tersenarai di bawah.

Semakan Secara SMS

Jika anda lebih senang membuat semakan melalui applikasi SMS, anda boleh rujuk kepada gambar di bawah untuk panduan.

semakan keputusan UPU SMS

Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier

Taip: UPU(jarak)RESULT(jarak)NO. KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888.

Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti/ ILKA (TVET)

Taip: UPU(jarak)TVET(jarak)NO. KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888.

Tarikh Penting Untuk Pelajar SPM/STPM

Di bawah adalah tarikh-tarikh penting untuk pelajar lepasan SPM dan STPM yang ada membuat permohonan kemasukan ke UA IPTA melalui UPU.

Maklumat Penting Untuk Pelajar Lepasan SPM

Berikut merupakan tarikh- tarikh penting yang perlu diberikan perhatian oleh calon lepasan SPM/setaraf:

  • 23 April- 29 April : Semakan Panggilan Temu Duga Lepasan SPM
  • 23 April- 06 Mei : Proses Temu Duga Dijalankan Lepasan SPM
  • 21 Mei – 27 Mei : Hebahan Keputusan Permohonan Bagi Lepasan SPM/ Setaraf
  • 21 Mei – 27 Mei : Permohonan UPU Online Rayuan ke UA/ Politeknik Premier dibuka
  • 28 Mei – 03 Jun : Permohonan UPU Online Lepasan SPM ditutup
  • 11 Jun- 17 Jun : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Rayuan Lepasan SPM

Maklumat Penting Untuk Pelajar Lepasan STPM

Berikut merupakan tarikh- tarikh penting yang perlu diberikan perhatian oleh calon lepasan STPM/setaraf:

  • 07 Mei- 13 Mei : Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Program Temu Duga Bukan PendidikanLepasan STPM/ Setaraf
  • 14 Mei- 20 Mei : Ujian MEdSI dijalankan
  • 14 Mei- 25 Jun : Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM/setaraf (tertakluk kepada UA)
  • 28 Mei- 01 Julai : Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM/ Setaraf
  • 01 Jun- 30 Jun : Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM/setaraf (tertakluk kepada UA)
  • 30 Julai- 05 Ogos: Hebahan Keputusan Permohonan Bagi Lepasan STPM/ Setaraf
  • 30 Julai- 05 Ogos: Permohonan UPU Online Rayuan STPM/setaraf dibuka
  • 06 Ogos- 12 Ogos: Permohonan UPU Online Rayuan STPM/setaraf ditutup
  • 20 Ogos-26 Ogos: Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Bagi Lepasan STPM/ Setaraf Rayuan Fasa 1
  • 10 September- 16 September: Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Bagi Lepasan STPM/ Setaraf Rayuan Fasa 2

Permohonan Rayuan

Pelajar yang GAGAL mendapat tawaran bolehlah membuat permohonan rayuan UPU dalam tempoh 5 hari selepas keputusan UPU diumumkan.

Semoga perkongsian mengenai semakan keputusan UPU 2019 online ini bermanfaat kepada anda. Semoga berjaya.