Sistem Semakan Keputusan UPU Online 2019 Pengurusan Kemasukan pelajar

Sistem semakan keputusan UPU online 2019 pengurusan kemasukan pelajar ke IPTA seluruh negara. Kepada yang ada memohon keputusan biasanya dikeluarkan sekitar bulan Mei setiap tahun.

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU online

Sistem Permohonan UPU Online

Login sistem semakan keputusan UPU ini adalah untuk pelajar lepasan SPM atau STPM yang ada memohon kemasukan ke Universiti Awam (IPTA), Politeknik Premier, Konvensional/Metro, Kolej Komuniti dan ILKA.

Kalendar Penting Untuk Lepasan SPM

Berikut merupakan tarikh- tarikh penting tahun ini yang perlu diambil perhatian oleh pelajar lepasan SPM/setaraf:

  • 23 April- 29 April : Semakan Panggilan Temu Duga Lepasan SPM
  • 23 April- 06 Mei : Proses Temu Duga Dijalankan Lepasan SPM
  • 21 Mei – 27 Mei : Pengumuman Keputusan Permohonan Bagi Lepasan SPM/ Setaraf
  • 21 Mei – 27 Mei : Permohonan UPU Online Rayuan ke UA/ Politeknik Premier dibuka
  • 28 Mei – 03 Jun : Permohonan UPU Online Lepasan SPM ditutup
  • 11 Jun- 17 Jun : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Rayuan Lepasan SPM

Semakan Keputusan UPU 2019 Online

Jika anda ada memohon kemasukan ke IPTA melalui UPU, anda boleh buat semakan keputusan melalui 2 cara seperti di bawah.

a. Online (Atas Talian)

Anda boleh layari mana-mana portal di bawah untuk buat semakan status permohonan UPU anda.

b. Semakan Melalui SMS

Semakan melalui SMS ini adalah yang paling senang dan pantas. Walau bagaimanapun hasil carian/semakan tidaklah selengkap hasil carian melalui online.

Untuk membuat semakan keputusan UPU secara SMS anda boleh rujuk gambar di bawah.

cara buat semakan keputusan UPU melalui SMS

Permohonan Rayuan UPU

Pelajar yang gagal boleh membuat rayuan UPU. Rasanya bukan semua akan dapat pada tapisan pertama. Jika permohonan pertama gagal, tidak bermakna anda tidak berpeluang lagi.

Anda masih boleh buat rayuan untuk tapisan ke-2 UPU. Anda boleh membuat rayuan dalam tempoh lima hari selepas keputusan UPU diumumkan.

Jika anda mendapat tawaran untuk memasuki Kolej Matrikulasi, anda teruskan mendaftar/lapor diri dikolej di mana anda ditempatkan sementara menunggu keputusan UPU diumumkan.

Semoga perkongsian mengenai sistem semakan keputusan UPU online pengurusan kemasukan pelajar ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share maklumat ini.