Semakan Pengiktirafan MQA eSisraf Universiti Dan Kolej Online

Semakan pengiktirafan MQA universiti dan kolej online. Kali ini kami kongsikan cara buat semakan senarai IPTA dan IPTS yang diiktiraf MQA. Maklumat pengiktirafan MQA ini penting kerana kita tidak mahu ada pelajar yang terambil kursus diploma atau ijazah yang tidak diiktiraf MQA. Rugi masa dan bayar mahal tapi sijil tidak mendapata akreditasi MQA.

sistem eSisraf

Disini dikongsikan cara membuat semakan sama ada kursus itu diiktiraf oleh MQA atau tidak.

Sebelum anda mengambil apa-apa kursus di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau IPTS dinasihatkan anda buat semakan terlebih dahulu. Ini penting untuk menjamin peluang pekerjaan selepas tamat pengajian nanti dan menghilangkan keraguan sebab ijazah “tidak laku” nanti.

Sila ambil perhatian bahawa kerajaan hanya akan melantik untuk kerja perkhidmatan awam/kerajaan pemohon yang sijilnya diiktiraf oleh MQA.

eSisraf atau Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam adalah satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dari peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda dan kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia. Fungsi utamanya adalah sebagai sumber rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian tinggi dan yang dijalankan di dalam dan luar negara

Cara Membuat Semakan Akreditasi MQA

Untuk membuat semakan anda boleh layari laman portal rasmi MQA melalui link di bawah.

Selepas itu anda boleh pilih menu ‘SEMAKAN KELAYAKAN’ seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah.

akreditasi MQA

Panduan Guna Sistem eSisraf MQA

Jika anda ragu-ragu atau tidak tahu cara menggunakan laman portan eSisraf MQA anda boleh rujuk panduan sistem eSisraf MQA yang mereka telah sediakan untuk panduan pengguna.

a. Soalan Lazim
b. Manual Pengguna

Kebiasaannya kursus yang telah diiktiraf oleh MQA juga diterima pakai / diiktiraf oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Semua kursus di IPT harus mendapat pengiktirafan oleh MQA sebelum boleh ditawarkan kepada para pelajar. Adalah menyalahi undang-undang jika ada mana-mana kolej atau universiti terus menawarkan program pengajian yang tidak mendapat pengiktirafan oleh MQA.

Kursus atau program IPTA / IPTS yang mendapat pengiktirafan MQA juga lebih berpeluang untuk memohon biasiswa untuk membiayai pengajian anda.

Akreditasi MQA adalah pengiktirafan kepada IPT di mana sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang ditawarkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

Semoga perkongsian info mengenai semakan pengiktirafan MQA eSisraf online ini bermanfaat kepada anda. Kita kenalah sentiasa berhati-hati dalam memilik kursus dan IPT kerana ianya melibatkan masa depan kita kelak.