Semakan Permohonan Online BR1M Dan Kemaskini

Semakan permohonan online BR1M dan kemas kini. Sudahkah anda mendaftar atau mengemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) anda? Jika belum anda berada di tempat yang betul. Di sini kami ingin menunjukkan anda cara membuat permohonan online BR1M dan juga proses kemaskini yang juga boleh dibuat secara online.

Nota: Seperti yang anda sedia maklum bantuan BR1M telah dijenamakan semula sebagai Bantuan Sara Hidup (BSR). Sila baca kemaskini info terkini di page Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019.

Apakah Itu BR1M

BR1M adalah singkatan kepada nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2012 dan berlangsung sehinggalah tahun ini.

BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012. Ia akan memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dari seluruh Malaysia. Ia adalah sebuah polisi pembayaran secara sekali untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atau individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Peserta di bawah program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah akan turut menerima BR1M.

Jelas sekali tujuan BR1M adalah satu usaha pengagihan bantuan untuk sasaran yang telah dikenal pasti iaitu golongan yang berpendapatan rendah sahaja.

Tahun ini BR1M sekali lagi diteruskan, rakyat yang belum memohon boleh mengemukakan permohonan baru (akan diterangkan di bawah cara membuat permohonan online BR1M) dan yang penerima sedia ada boleh membuat proses kemaskini maklumat BR1M mereka dari 27 November hingga 31 Desimber 2017. Walau bagaimanapun pihak Kementerian Kewangan dalam kenyataan akhbar selepas itu melanjutkan proses kemaskini sehingga 25 Januari 2018 untuk memberi peluang kepada orang ramai berbuat demikian.

Cara Dan Kaedah Permohonan BR1M

Jika anda berminat dan layak untuk memohon BR1M, terdapat 2 cara untuk membuat permohonan dan juga proses kemaskini maklumat BR1M anda. Perlu diingat bahawa kelulusan adalah tertakhluk kepada budibicara pihak pengurusan BR1M. Apa yang perlu anda buat ialah hantar permohonan anda hari ini.

Dua (2) cara permohonan BR1M adalah seperti di bawah:

a. Permohonan BR1M secara online

b. Permohonan BR1M secara manual

Sekarang mari kita lihat satu persatu kaedah/cara permohonan BR1M tersebut.

Permohonan BR1M secara online

Permohonan Online BR1M adalah satu kaedah yang paling popular. Ini kerana anda tidak perlu menghadirkan diri ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memohon. Anda hanya perlu buka komputer/laptop atau smartphone anda dan layari:

Klik >> permohonan Online BR1M – https://ebr1m.hasil.gov.my

Selepas memasuki portal permohonan online BR1M anda perlu lakukan proses berikut:

a. Pilih menu (button) PERMOHONAN BARU
B. Masukkan NO. KAD PENGENALAN
c. Klik button/butang HANTAR

Sila ambil perhatian bahawa permohonan baru hanya dibuka kepada mereka seperti berikut:

a. Warganegara yang belum pernah memohon
b. Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah bercerai/meninggal dunia
c. Pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini.

Permohonan secara online ini senang mudah dan pantas. Di dalam portal yang disediakan, anda perlu mengisi butir-butir peribadi dan keluarga anda dengan tepat. Perlu diulang berikan maklumat yang tepat, kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda akan menghadapi masalah atau gagal.

Sepertimana yang telah ditekankan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan Negara 2018 bahawa tahun ini BR1M akan diteruskan dan kadar maksimum ditetapkan ialah RM1200

Permohonan BR1M secara Manual

Untuk warganegara yang tidak mempunyai akses komputer/internet atau atas sebab-sebab tertentu anda mempunyai masalah untuk memohon secara online, maka anda boleh mengemukakan permohonan BR1M secara manual.

Untuk permohonan BR1M secara manual, anda hanya perlu datang ke mana-mana cawangan LHDN (Pejabat LHDN, Pusat Khidmat Hasil LHDN  atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN) yang terdekat untuk mendapatkan Borang Permohonan BR1M. Anda juga boleh download borang permohonan BR1M melalui Portal Rasmi BR1M. Sila ambil perhatian, borang BR1M adalah percuma.

Anda juga boleh layari pautan (link) di bawah untuk mendapatkan borang-borang berkaitan untuk permohonan BR1M anda.

a. BK-01 (1/2018) – Borang Permohonan BR1M
b. Borang Permohonan Berkelompok BR1M – Borang BK-06
c. Borang Serahan Dokumen Sokongan – (BK-17)
d. Borang Pembatalan Permohonan – (BK-13)

Sila jangan layan mana-mana individu yang menawarkan Borang Permohonan BR1M dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.

Sistem portal kemaskini BR1M BSHR online

Sila rujuk gambar di atas untuk waktu operasi kaunter BR1M di LHDN untuk panduan anda.

Proses Kemaskini Permohonan Online BR1M 2018

Jika anda sudah menghantar permohonan, maka adalah penting untuk anda mengemaskini BRIM anda. Ini untuk mengelakkan permohonan anda akan ditolak/gagal.

Untuk kemaskini BR1M anda sila lakukan tiga (3) langkah di bawah:

a. Pilih menu MyBR1M
b. Sila masukkan NO. KAD PENGENALAN
3. Klik butang (button) LOG MASUK

Borang kemaskini BR1M online

Selepas itu anda boleh buat semakan maklumat-maklumat di bawah dan buat kemaskini jika ada apa-apa perubahan maklumat penting.

Antara maklumat penting ialah:

a. Status perkhawinan: Status cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh penceraian / kematian pasangan)
b. Alamat surat menyurat terkini dan e-mail
c. No telefon bimbit dan rumah
d. Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
e. Maklumat pasangan dan tanggungan – pastikan maklumat nombor pengenalan seperti MyKad, MyPR, MyKAS, MyKID, passport dan visa serta Sijil Lahir diisi dengan tepat.
f. Waris – Waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia. Ini untuk membolehkan waris membuat tuntutan SKK dan baki BR1M

Nota Penting

Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara yang tersenarai di bawah:

1. Borang permohonan online aka dipaparkan jika data belum wujud dalam sistem
2. Jika No. MyKAD tidak wujud dalam data JPN, kota mesej berikut akan dipaparkan

No Kad Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan

3. Jika data telah wujud kotak mesej seperti berikut akan dipaparkan. Anda perlu mengambil tindakan lanjut di menu KEMASKINI PERMOHONAN di laman portal MyBR1M

permohonan telah wujud dengan No.MyKAD:….. Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan di MyBR1M

Senarai Dokumen Sokongan Untuk Permohonan BR1M

Untuk membuat permohonan BR1M anda perlu mengemukakan dokumen sokongan berikut semasa memohon.

1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKID /Sijil Lahir / Passport dan Visa bagi suami / Isteri /  tanggungan (jika berkenaan)
2. Sijil penceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda
3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 October 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan SSM
4. Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk peda ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia
5. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M

Diatas telah diterangkan cara membuat permohonan BR1M secara online dan secara manual serta proses kemaskini. Tetapi tahukah anda untuk memohon BR1M anda perlu melepasi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan permohonan BR1M.

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isirumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isirumah sebanyak RM4000 dan ke bawah.
c. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4000 dan ke bawah
d. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Dari syarat-syarat itu jelas bahawa kriteria utama kelayakan memohon BR1M ialah status kewarganegaraan dan juga status pendapatan isirumah.

Proses Pengesahan / verifikasi Permohonan BR1M

Semua permohonan BR1M yang diterima akan melalui proses verifikasi (pengesahan) sebelum permohonan itu diluluskan atau gagal. Terdapat lebih kurang 12 agensi yang berkaitan dengan proses verifikasi ini.

Berikut ialah senarai agensi-agensi yang berkaitan dengan proses verifikasi/pengesahan permohonan BR1M.

1. Jabatan Pendaftaran Negara
2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
6. Kumpulan Wang Persaraan
7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
8. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
9. Kementerian Luar Negeri
10. Jabatan Agama Islam Negeri
11. Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE)
12. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kategori Pemohon / Penerima BR1M

Terdapat 3 kategori pemohon / penerima BR1M iaitu kategori INDIVIDU, ISI RUMAH (Pendapatan RM3,000 – RM4,000) dan ISI RUMAH (Pendapatan RM3,000 dan ke bawah)

a. Kategori Individu (Pendapatan bulanan RM2,000 dn ke bawah) akan menerima BR1M bernilai RM450 yang mana akan dibayar sepenuhnya pada bulan Februari 2018.

b. Kategori Isi Rumah (pendapatan bulanan RM3,000 – RM4,000) akan menerima BR1M bernilai RM900 yang akan dibayar melalui 3 fasa iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

c. Kategori Isi Rumah (pendapatan RM3,000 dan ke bawah) akan menerima BR1M bernilai RM1,200 yang akan dibayar melalui 3 fasa iaitu bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

Semakan permohonan BR1M online

Sila rujuk gambar di atas untuk keterangan lanjut.

Jadual Operasi Kaunter BR1M Di LHDN

Urusan BR1M yang memerlukan anda pergi terus ke kaunter BR1M di mana-mana cawangan LHDN di seluruh negara terutama permohonan BR1M dan kemaskini secara manual tentunya memerlukan maklumat ini.

Berikut ialah jadual operasi kaunter BR1M di cawangan LHDN di seluruh negara.

1. Hari Bekerja
– Kaunter BR1M (LHDN Semenanjung): 9.00 pagi – 5.00 petang
– Kaunter BR1M (LHDN Sabah / Sarawak): 8.00 pagi – 4.00 petang

2. Cuti Hujung Minggu
– 29 Dec 2017 / 30 Dec 2017 / 31 Dec 2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad): 9.00 pagi – 4.00 petang.

Nota penting

a. Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan
b. Cawangan LHDN yang berkerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDN.

 
Borang permohonan BR1M bujang online
Borang permohonan BR1M online semakan dan kemaskini

Sila rujul jadual operasi kaunter BR1M di LHDN di atas untuk rujukan anda.

Maklumat Lanjut Untuk Panduan Permohonan BR1M

Anda mungkin perlukan maklumat lanjut untuk membantu anda dalam permohonan BR1M nanti.

a. Klik >> Panduan Pengguna Permohonan BARU
b. Pemohon boleh membuat Semakan Status / Kemaskini Permohonan BR1M / Cetakan Borang Permohonan / Email  dan Maklum Balas di laman Portal MyBR1M
c. Download panduan semakan BR1M >> Manual Pengguna MyBR1M
d. Download Pamplet BR1M 2018

Cara menghubungi Pihak Pengurusan BR1M

Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila gunakan maklumat berikut untuk menghubungi pihak pengurusan BR1M

Sekretariat BR1M

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, 65292 Putrajaya

Hotline BR1M LHDNM

1-800-88-2716 (Waktu Operasi 9.00 pagi hingga 5.00 petang)

Hotline BR1M Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

03-8882 4565 / 03-8882 4566

E-Mail: br1m@treasury.gov.my
Website: https://ebr1m.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian mengenai semakan dan permohonan online BR1M 2018 ini bermanfaat kepada anda. Sila share maklumat ini untuk membantu rakan-rakan yang lain dalam permohonan BR1M mereka. Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan BR1M untuk informasi terkini dan tepat.