Semakan Saman Polis Trafik PDRM Melalui SMS dan Online

Semakan saman polis trafik PDRM melalui SMS dan Online. Tentu ramai yang nak tahu cara buat semakan saman polis trafik melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan online. Kali ini kami kongsikan maklumat ini untuk memudahkan anda. Anda hanya perlu pilih sama ada buat semakan melalui SMS atau online. Ramai yang guna SMS sebab lebih cepat dapat keputusan (result) semakan.

Cara membuat semakan saman polis trafik secara online dan SMS

Sistem semakan secara SMS atau online ini memudahkan anda menyemak sama ada ada kesalahan jalan raya yang telah mereka lakukan di jalan biasa atau lebuhraya. Ramai yang tak bayar saman trafik dengan alasan mereka tidak tahu yang mereka telah mendapat saman polis trafik.

Cara Semak Saman Polis Trafik Online Dan SMS

Disini kami kongsikan cara membuat semakan saman polis trafik secara online dan SMS. Kedua-dua kaedah ini boleh digunakan untuk membuat semakan terkini status sama ada sama polis ke atas anda atau tidak.

Semakan Saman Trafik Online

Berikut adalah cara bagaiman anda boleh mambuat semakan

A. Semakan Saman Trafik Melalui MyEG Servis

Ini adalah antara servis yang ditawarkan MyEG termasuklah semak saman JPJ, Polis, AES dan servis memperbaharui insurans kenderaan. Untuk perkongsian kali ini kita hanya akan tumpukan kepada saman polis trafik sahaja.

Untuk check saman trafik, ikuti cara-cara berikut

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Kemudian login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
  3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES
  4. Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
  5. Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online
    Selain saman, antara servis lain yang ditawarkan MyEG termasuklah servis memperbaharui insurans kenderaan dan pembayaran zakat.

B. Semak Saman Melalui RILEK e-Services

Selain MyEG terdapat  satu lagi applikasi online yang anda boleh gunakan untuk tujuan check saman online adalah portal RILEK. RILEK juga banyak menyediakan diskaun saman. Terbaru mereka menyediakan potongan diskaun sebanyak 10% untuk pembayaran saman PDRM melalui RILEK.
Anda juga boleh semak status insolvensi dan saman DBKL di RILEK.

Untuk membuat semakan melalui RILEK ikuti cara-cara berikut:

  1. Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
  2. Sila daftar sebagai pengguna
  3. Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
  4. Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
  5. Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak
    RILEK menyediakan pembayaran secara online melalui perbankan Internet termasuk M2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.

C. Gunakan Sistem Applikasi SSO PDRM

Selalin dari 2 cara semakan melalui applikasi online di atas PDRM ada menyediakan satu portal khas bagi memudahkan semakan saman. Melalui sistem Sistem Semakan Online (SSO) ini, anda boleh menyemak status saman dan status pengambilan jawatan kosong PDRM terkini.

Layari https://sso.rmp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Semakan Saman Melalui SMS

Selain semakan saman online, anda juga boleh semak melalui SMS. Rasanya ini yang paling popular kerana anda akan mendapat keputusan hanya dalam tempoh berberapa saat sahaja.

Untuk sistem semakan saman polis secara SMS berikut ialah cara-caranya:

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN BGW0001

ATAU

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN 761208125697 

Semoga perkongsian maklumat mengenai semakan saman polis trafik PDRM ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Jelaskan tanggung jawap kita kepada negara sebagai rakyat yang prihatin.