Semakan Tawaran Tingkatan 6 Online Sesi 2019-2020

Semakan tawaran Tingkatan 6 online sesi 2019/2020. Pelajar yang ada memohon kemasukan ke Tingkatan 6 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka ke Tingkatan 6 melalui aplikasi online.

Semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 online boleh dibuat melalui aplikasi semakan SST6 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

semakan tawaran tingkatan 6 online

Pihak KPM akan mengumumkan bila portal/aplikasi SST6 itu akan diaktifkan untuk pelajar membuat semakan keputusan tawaran untuk mereka.

Pelajar Tingkatan 6 dibenarkan berpakaian biasa/kasual ke sekolah selaras dengan peraturan etika pakaian pelajar Tingkatan Enam yang dikeluarkan oleh KPM.

Sila semak maklumat ini untuk proses kemasukan calon persendirian Tingkatan 6 sekolah kerajaan untuk mereka yang berkenaan.

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2019 Online

Untuk membuat semakan, seperti mana yang telah disebut tadi, anda boleh menggunakan sistem applikasi SST6 online. Jika anda mendapat tawaran, sila cetak surat tawaran tersebut untuk dibawa semasa sesi lapor diri di sekolah di mana anda ditempatkan.

Tingkatan 6 merupakan pilihan utama pelajar untuk sambung pengajian selepas Tingkatan 5 selain memasuki Universiti Awam (IPTA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui permohonan UPU online.

Pelajar dinasihatkan untuk selalu melayari lama website KPM di aplikasi e-perkhidmatan berkala untuk maklumat terkini.

Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6

Pelajar yang ingin memasuki Tingkatan 6 boleh membuat semakan pada tarikh yang ditetapkan melalui applikasi online SST6 selepas ianya diaktifkan oleh pihak KPM untuk tujuan tersebut.

Tahun ini semakan dibuat pada:-

  • Tarikh buka: 16 April 2019
  • Tarikh Tutup: 17 Mei 2019

Sila buat semakan sebelum tarikh tutup seperti yang dinyatakan di atas.

Cara Membuat Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6

Untuk membuat semakan anda boleh menggunakan dua cara iaitu melalui applikasi SST6 online dan juga melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Anda boleh gunakan mana-mana kaedah yang sesuai dan memudahkan urusan anda.

Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara Online

Untuk membuat semakan, gunakan link sistem applikasi online SST6 di bawah. Klik pada link untuk ke laman sesawang SST6.

Link: https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/

Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara SMS

Semakan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pula boleh menggunakan salah satu kaedah berikut seperti di bawah.

Taip: MOE<jarak>T6<jarak>No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
ATAU
Taip: MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888 

Adalah lebih baik untuk membuat semakan terus melalui sistem semakan SST6 kerana anda diwajibkan untuk mencetak surat tawaran jika anda berjaya. Surat tawaran itu diperlukan semasa anda lapor diri ke Tingkatan 6 nanti.

Syarat Am Pemilihan Pelajar Tingkatan 6

Pelajar yang layak mestilah mempunyai kelayakan am/minimum yang diperlukan seperti berikut:-

  1. Lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi subjek Bahasa Melayu (BM)
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2019
  3. Untuk kelayakan ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit mata pelajaran terbaik mestilah tidak melebihi 12, Aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit dan bagi aliran Agama tidak melebihi 14 mata unit.

Link Penting Semakan Syarat Kelayakan:

Permohonan Rayuan Kemasukan Tingkatan 6

Selepas membuat semakan dan anda dapati bahawa anda tidak mendapat tawaran, jangan bersedih. Masih ada peluang. Anda boleh membuat rayuan dengan mengisi borang rayuan. Sila layari link-link di bawah untuk rujukan anda mengenai Borang Rayuan, Panduan Mengisi Borang, Senarai dokumen diperlukan serta tindakan yang perlu anda lakukan.

Tarikh Keputusan Rayuan Tingkatan 6 Diumumkan

Keputusan rayuan kemasukan ke Form 6 akan diumumkan pada tarikh rasmi seperti yang ada di bawah. Pelajar yang berjaya dalam rayuan mereka mestilah datang lapor diri paling lewat 7 hari bekerja iaitu bermula 10 Jun 2019.

Tarikh Keputusan Rayuan Diumumkan: 10 Jun 2019

Jika anda gagal datang lapor diri pada tempoh yang ditetapkan, anda dianggap telah menolak tawaran.

Semoga perkongsian info mengenai semakan tawaran Tingkatan 6 online sesi 2019/2020 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.