Semakan Ujian MEdSI Dan Temuduga UPSI Online 2019

Semakan ujian MEdSI dan temuduga UPSI 2019 online. Kali ini kita kongsikan info mengenai semakan temuduga UPSI dan ujian MEdSI untuk rujukan dan panduan para pelajar yang ada memohon kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ke Universiti Awam (UA / UPSI) lepasan STPM atau yang setaraf untuk sesi akademik 2019/2020.

Ujian dan temuduga MEdSI

Sebagai info anda, semakan untuk menduduki ujian MEdSI untuk program Sarjana Muda Pendidikan Kemasukan ke Universiti Awam (UA) adalah diselaraskan oleh UPSI.

Semakan Panggilan Ujian MEdSI / Temuduga Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) Pendidikan UA

Semakan telah dibuka bermula pada 10 Mei 2019. Pemohon boleh membuat semakan secara online di laman portal yang disediakan khas untuk tujuan ini.

Hanya calon yang ada memohon program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) sahaja yang terlibat dengan ujian ini.

Sila layari link di bawah untuk membuat semakan.

Link ini hanya akan diaktifkan pada hari semakan boleh dibuat / diumumkan.

Contoh Soalan Ujian MEdSI

Menghadapi ujian MEdSI tidaklah semudah yang disangka kebanyakan orang. Sebelum menghadiri ujian anda mestilah mempunyai persediaan rapi dan berlatih menjawab contoh-contoh soalan ujian MEdSI.

Untuk memudahkan anda, bolehlah baca tips dan contoh soalan-soalan ujian MEdSi melalui link yang diberikan di bawah.

Semoga perkongsian mengenai semakan ujian MEdSI dan temuduga UPSI online 2019 ini bermanfaat kepada anda. Kepada yang ada memohon kami ucapkan semoga berjaya.

Senarai UA Tawarkan Program Pendidikan Di Malaysia

Antara universiti yang menawarkan program pendidikan ialah:

  • UTM
  • USM
  • USIM
  • UiTM
  • UM
  • UMT
  • UMS
  • UMK
  • UUM
  • UPSI
  • UTHM
  • UniSZA
  • UKM
  • UPM
  • UNIMAS
  • UPNM
  • UIAM

Bagi calon lepasan SPM, anda boleh membuat semakan UPU di portal rasmi upu.moe.gov.my.

semakan online ujian MEdSI

Info Berkaitan: