Senarai Harga Barang Kitar Semula Di Malaysia Terkini

Senarai harga barang kitar semula di Malaysia terkini. Ini adalah senarai harga barang kitar semula seperti besi buruk, tembaga, aluminium, surat khabar lama, kertas, plastik, kabel, wayar kuprum, kotak, tin minuman, botol plastik, peralatan elektrik dan barang-barang terbuang lain yang boleh dikitar semula.

Sebenarnya hampir semua barang boleh dikitar semula (recycle) seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Harga barang kita semula mungkin berbeza antara negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Melaka, Johor, Perak, Sarawak dan Sabah.

harga barangan kitar semula

Harga barangan kitar semula sebenarnya mungkin berbeza mengikut lokasi malah sering berubah setiap masa kerana ianya bergantung kepada harga pasaran dan permintaan. Harga barangan kitar semula di kawasan bandar besar lebih tinggi berbanding harga barangan kitar semula di kawasan pekan-pekan kecil yang jauh dari bandar besar.

Harganya yang tidak tetap dan tidak seragam ini menyebabkan orang ramai kurang berminat untuk mengumpul dan menjual barangan kitar semula.

Walau bagaimanapun dewasa ini berlaku kesedaran alam sekitar, dan peningkatan harga sesetengah barang kitar semula menarik minat orang ramai. Di sini kami kongsikan harga barang-barang kitar semula di sekitar Lembah Kelang untuk panduan anda.

Senarai Harga Barangan Kitar Semula Mengikut Jenis

Harga di jadual berikut adalah harga barang kitar semula di pusat pengumpulan kitar semula (recyle) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Harganya kini mungkin sudah berbeza kerana harga ini adalah harga pada sekitar tahun 2013.

BAHANMAKLUMATHARGA (RM)/KG
1. Tin AluminiumTin Minuman2.40
2. AluminiumBahan alumininum selai tin minuman3.00
3. Plastik MineralBotol plastik minuman mineral yang clear bersama penutup0.50
4. Plastik CampuranBotol plastik berwarna sahaja atau yang bercampur dengan botol plastik mineral0.40
5. Plastik BegPlastik beg/plastik beli belah0.10
6. Bahan ElektronikBahan elektronik selain monitor&CPU0.40
7. CDCD1.00
8. CPU-bCPU yang masih mempunyai komponen dalaman10.00
9. CPU-tbCPU yang tidak mempunyai komponen dalaman0.25
10. Monitor-bMonitor yang berkeadaan baik5.00
11. Monitor-tbMonitor rosak3.00
12. Kertas Hitam PutihKertas putih yang bercetak atau tidak: Saiz minima A40.30
13. Kertas CampurBuku, majalah, kertas berwarna, risalah dan lain-lain selain hitam putih0.15
14. Surat KhabarSurat khabar lama0.15
15. KotakSemua jenis kotak, kertas keras 0.15
16. Besi PremiumLain-lain jenis besi kecuali tin makanan0.40
17. BesiSemua jenis tin makanan0.30

Selain dari jadual harga di atas di bawah adalah jadual harga  yang ditawarkan oleh Syarikat Uzaya Trading yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Walau pun agak lama sudah tetapi rasanya harga barangan kitar semula tidak ada mengalami perubahan yang ketara.

Jadual harga di bawah adalah untuk penanda aras dan rujukan anda.

JENIS BARANG KITAR SEMULAHARGA (RM)/KG
1. Surat Khabar Lama0.20
2. Buku-buku dan kertas bercampur (berwarna)0.10
3. Kertas hitam/putih0.30
4. Plastik 1 (lembut)0.70
5. Plastik 2 (keras)0.20
6. Kotak0.20
7. Besi (logam)0.40
8. Steel (logam)1.00
9. Zink (tin kosong) (logam)0.20
10. Wayar bercampur gred B0.30
11. Aluminium mengikut jenis3.50-4.00
12. Wayar bercampur gred A2.00
13. Wayar rumah6.50
14. Copper (logam)16.50
15. Monitor, TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, dan peralatan elektrik yang rosak atau lupusHarga boleh runding sama ada dikira besi atau plastik keras

Mengikut pemerhatian kami harga sekarang yang terkini ada mengalami peningkatan. Tentunya ini berita baik kepada pengumpul barangan kitar semula.

Kemaskini: Selain dari harga yang ada di atas, berikut adalah harga barangan kitar semula yang dikeluarkan oleh Alam Flora Sdn. Bhd.

A. Harga Barangan Kitar Semula Di Jalan Bunus

(Harga barangan terkini bermula 10 Oktober 2018)

1. Suratkhabar – RM0.29/kg
2. Majalah – RM0.25/kg
3. Kertas hitam putih – RM0.33/kg
4. Kotak – RM0.27/kg
5. Kertas campur – RM0.18/kg
6. Aluminium – RM2.50/kg
7. Tin – RM0.25/kg
8. Plastik – RM0.40/kg
9. Tetrapak – RM0.50/kg
10. Sisa Minyak Masak – RM1.10/kg
11. Lain-lain RM0.20/kg

B. Sisa Elektronik

1. CPU – RM5.50/unit
2. Monitor – RM4.50/unit
3. Notebook – RM3.50/unit
4. Server – RM15.00/unit
5. Pencetak – RM3.00/unit
6. Televisyen – RM4.00/unit

* Harga barangan kitar semula mengikut pasaran semasa dan tidak tetap.

Pusat Kitar Semula Putrajaya

Jika anda tinggal sekitar Putrajaya dan mempunyai barangan kitar semula anda boleh menghantarnya ke Pusat Kitar Semula Putrajaya.

Lokasi Pusat Kitar Semula Putrajaya ini bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal di sekitarnya untuk menghantar barangan kitar semula dan membantu memberi kesedaran awam.

Pusat ini terletak di;

Pusat Kitar Semula Komuniti Putrajaya
Jalan P9b, Presint 9,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Telefon: 03-8887 7785

Teknik Tingkatkan Harga Barangan Recycle (Kitar Semula)

Jika anda berjinak-jinak untuk menjadikan aktiviti menjual barangan kitar semula sebagai sumber pendapatan, penting untuk anda mengetahui kadar harga barangan kitar semula mengikut jenis.

Untuk mendapatkan harga barangan recyle yang lebih tinggi anda perlu mengasingkan mengikut jenis material. Anda jual jenis barangan yang mengalami peningkatan harga semasa jika anda mempunyai ruangan menyimpan yang luas.

Ada kalanya peniaga barangan kitar semula akan datang ke rumah anda untuk membeli barangan yang anda tidak perlukan lagi. Mereka akan cuba menawarkan harga murah jika anda tidak tahu kadar semasa harga barangan kitar semula.

Semoga perkongsian senarai harga barang kitar semula di Malaysia ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan dengan rakan-rakan yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan ini.