Cara Semakan Senarai NO PLAT Pendaftaran JPJ Terkini

Cara semakan senarai no plat pendaftaran JPJ terkini.Jika anda ingin membuat semakan JPJ running no (latest no plates) ianya sudah lebih mudah kini. Ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada menyediakan Sistem Aplikasi Semakan online untuk nombor pendaftaran kenderaan terkini.

Sistem ini boleh digunakan oleh orang ramai untuk mengetahui no plat pendaftaran kereta (kenderaan) terkini di setiap negeri dan juga kawasan.

Penggunaan sistem applikasi semakan no plat kenderaan JPJ ini boleh digunakan tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Keputusan carian menggunakan sistem online ini akan memaparkan abjad dan nombor terkini kenderaan mengikut negeri.

Jika anda berhasrat untuk membuat pembelian atau tempahan no plat kereta, anda boleh gunakan portal mySIKAP dimana anda boleh melakukan transaksi. Pengguna mesti mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan portal dan transaksi atas talian.

Semakan plat no pendaftaran kenderaan online

Cara Membuat Semakan Online Senarai No Plat Kenderaan Terkini

Seperti yang diterangkan tadi, anda kini boleh membuat semakan no plat kenderaan JPJ secara online. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengikuti cara mambuat semakan seperti di bawah.

plat pendaftaran online

Untuk membuat semakan layari >>> Sistem Semakan No Pendaftaran JPJ

Selepas itu pastikan anda ikuti langkah-langkah seperti berikut:-

Langkah 1: Sila Pilih Kawasan/Negeri yang ingin disemak
Langkah 2: Masukkan kod Sekuriti
Langkah 3: Tekan Butang SEMAK

Nombor plat kenderaan terkini di kawasan yang anda ingin semak akan dipaparkan di hasil carian selepas anda menekan butang SEMAK dalam applikasi online tersebut.

Caranya amat mudah bukan? Semuanya dihujung jari anda, yang penting anda ada capaian internet. Anda juga mungkin berminat membaca maklumat mengenai Kadar Bayaran Renew Lesen Kenderaan terkini sebagai panduan anda.

Semoga perkongsian mengenai cara semakan senarai no plat pendaftaran JPJ terkini ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain yang berhajat ingin beli kenderaan baru.