10 Penyedia Perkhidmatan EMAIL Terbaik Untuk Pengguna

Senarai penyedia perkhidmatan Email terbaik untuk pengguna di Malaysia. Jika kita mengisi apa-apa maklumat melalui online, biasanya semua online portal tersebut akan minta email anda. Tujuannya supaya mereka boleh kirimkan maklumat pendaftaran anda ke inbox email anda untuk keselamatan maklumat pengguna lebih terjamin.

Jika anda memohon jawatan, permohonan UPU/IPTA dan sebagainya atau apa-apa sahaja urusan melalui online, alamat email adalah sesuatu yang wajib anda miliki. Oleh itu dalam perkembangan teknologi yang semakin canggih ini, memilik alamat email yang aktif adalah satu kewajiban untuk tujuan komunikasi.

Tahukah anda bahawa 10 penyedia perkhidmatan email di bawah adalah yang paling popular dan terbaik? Kalau di Malaysia perkhidmatan email dari Gmail, Yahoo, Windows Live dan AOL adalah antara yang sangat popular.

senarai penyedia perkhidmatan email terbaik di Malaysia

Senarai Penyedia Perkhidmatan Email

Melalui email anda boleh menyampaikan dan menerima pesanan dengan lebih mudah dan di mana sahaja anda berada. Sama ada anda pelajar, penganggur atau sudah bekerja, memiliki email yang aktif adalah perlu.

Kali ini kami kongsikan dengan anda 10 penyedia perkhidmatan email terbaik untuk pengguna yang boleh anda ‘explore/cuba’ dan daftarkan akaun email untuk  kegunaan anda.

1. Gmail – mail.google.com

Gmail adalah pendahulu terunggul di dalam arena email yang berasaskan web. Ia agak selamat dan mudah digunakan di mana sahaja. Selain itu gmail juga salah satu penyedia perkhidmatan email yang menggunakan anti-phising yang paling kuat jika dibandingkan dengan yang lain. Ia mempunyai banyak kegunaan dan merupakan satu-satu perkhidmatan email yang menyediakan ciri capaian pelbagai guna.

Tidaklah menghairankan kerana Gmail adalah milik Google peneraju terkemuka online di dunia. Siapa tidak kenal dengan google.com?

2. Windows Live – www.outlook.com

Windows Live muncul daripada kematangan Hotmail. Ia menyediakan perkhidmatan email yang hebat dengan penapisan spam dan email sampah. Windows Live juga digabungkan bersama Windows Live Messenger. Kebanyakan syarikat korporat mengunakan perkhidmatan outlook.com untuk system email mereka.

3. Yahoo! Mail – mail.yahoo.com

Email percuma daripada Yahoo! adalah yang pertama menggunakan Web 2.0 dengan versi terbaru mel Yahoo!. Dengan storan inbox yang tanpa had ianya bergabung baik dengan komponen web Yahoo! yang lain.

4. AOL – mail.aol.com

AOL merupakan penyedia perkhidmatan email yang tertua dan menyediakan penapis spam dan pengimbas virus terbaik. Selain itu pengguna juga boleh memuat turun AOL Safety & Security Suite dan menikmati storan tanpa had serta pelbagai lagi perkhidmatan yang menarik.

5. Inbox.com – www.inbox.com

Inbox.com menyediakan perkhidmatan email yang ringkas dan mudah digunakan. Inbox.com juga mempunyai pelbagai jenis alamat email yang dilengkapi dengan 5GB storan email, 20MB had lampiran dan capaian mudah foto dan POP3.

6. Fastmail – www.fastmail.com

Fastmail adalah perkhidmatan email percuma yang menyediakan ciri keselamatan yang baik di samping ada penapis spam, pelindung phising dan pengimbas virus. Fastmail menyediakan 10MB storan email dan 1MB storan dokumen dan merupakan perkhidmatan email yang menyediakan storan email terkecil.

7. Mail.com – www.mail.com/int/

Mail.com adalah program asas email yang mempunyai penapis spam, penghalang phising dan menghalang email tidak berguna daripada sampai ke inbox anda. Selain itu ia juga menyediakan kalendar, notepad, mel audio dan pilihan nama domain.

8. Lycos Mail – mail.lycos.com

Lycos menyediakan perkhidmatan email percuma yang ringkas dan mudah digunakan. Ia menyediakan 5GB storan email, penapis spam dengan tiga pilihan penapis dan menapis email menerusi senarai hitam dan putih. Ia juga menyediakan ciri keselamatan tambahan.

9. Care2 – Care2.com

Care2 adalah rangkaian komuniti yang menyediakan email percuma dan juga mengumpulkan para pengguna yang mempunyai minat yang serupa tentang kesedaran sosial. Ia juga menyediakan penapis email dan pilihan domain email yang disesuaikan dengan alam sekitar.

10. ZOHO Mail – mail.zoho.com

Zoho menyediakan pelbagai jenis aplikasi dalam talian dan juga menyediakan program suntingan, helaian lebar dan persembahan. Selain itu Zoho Mail juga menyediakan storan email tanpa had dan boleh mengendalikan akaun email POP.

Untuk senarai yang lebih lengkap layari blog http://komputer-milikku.blogspot.com

Jika anda memerlukan alamat email yang aktif membuka akaun email dengan Gmail.com atau outlook.com adalah pilihan yang disyorkan.

Diharapkan perkongsian info mengenai senarai penyedia email terbaik di Malaysia ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.