Senarai Penuh Sekolah Tingkatan 6 Di Malaysia Subjek Yang Ditawarkan

Senarai sekolah Tingkatan 6 dan pakej subjek yang ditawarkan di seluruh negara. Perkongsian senarai kolej Tingkatan 6 setiap negeri di Malaysia ini untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat mengenai sekolah dan senarai subjek-subjek yang ditawarkan oleh sekolah tersebut.

Kolej Tingkatan 6 Malaysia

Subjek jurusan sains sosial Tingkatan 6 adalah yang paling popular. Kebanyakan sekolah yang ada Tingkatan 6 ini memilik asrama sekolah.

Untuk makluman anda semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 boleh diketahui sekitar bulan April 2019. Untuk masuk Tingkatan 6, pelajar tidak perlu memohon kerana anda akan ditawarkan tempat jika memenuhi syarat kelayakan kemasukan ke Tingkatan 6. Bergantung kepada pencapaian keputusan SPM anda.

Sekolah Tingkatan 6 sudah dijenamakan semula dengan nama lain iaitu Kolej Tingkatan 6, hasil inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pusat Tingkatan 6

Pusat Tingkatan 6 seluruh negara terbahagi kepada 3. Pembahagian itu adalah seperti di bawah.

  • Kolej Tingkatan 6 (Mod 1) – Terdiri daripada sekolah yang memiliki 12 kelas untuk murid-murid Tingkatan 6 sahaja. Guru-guru akademik adalah khusus untuk guru Tingkatan 6 sahaja.
  • Mod 2 – Terdiri dari sekolah yang memiliki sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi beroperasi di blok bangunan yang berasingan. Pusat Mod 2 ditadbir oleh pengetua sekolah arus perdana dengan dibantu Penolong Kanan Tingkatan 6.
  • Mod 3 – Terdiri dari sekolah yang memiliki kurang dari 12 kelas atau sekolah yang jauh dari bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkuan awam dan beroperasi di sekolah arus perdana.

Senarai Sekolah/Kolej Tingkatan 6 Malaysia

Berikut adalah maklumat tentang semak senarai pusat Kolej atau Sekolah Tingkatan 6 mengikut seluruh negeri di Malaysia :

Syarat Kemasukan Tingkatan 6

Di bawah adalah syarat-syarat kemasukan Tingkatan 6 sebagai panduan dan rujukan anda.

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2019

Kepada anda yang gagal mendapat tempat, anda masih boleh membuat rayuan kemasukan Tingkatan 6 sekolah kerajaan.

Sebelum lapor diri ada baiknya anda baca info mengenai etika pakaian pelajar Tingkatan 6 untuk persediaan cari pakaian yang sesuai.

Semoga perkongsian mengenai senarai sekolah Tingkatan 6 di Malaysia ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini kepada rakan-rakan anda yang lain.