Sistem SAPS Ibu Bapa Login Online – Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar

Sistem SAPS Ibu Bapa 2019 login online atau dengan nama penuhnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah satu sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara online. Guru-guru akan masukan data-data berkaitan keputusan peperiksaan pelajar dalam sistem online ini dan ibu bapa boleh aksesnya secara online.

Sistem SAPS Ibu Bapa online

Sememangnya sistem SAPS IbuBapa online ini mudah dan membolehkan perkembangan pelajaran anak-anak dapaat dipantau. Sekali gus kedua-dua pihak iaitu guru dan ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar tersebut.

Seterusnya tindakan bersama pihak sekolah dan dibantu ibu bapa boleh dibuat untuk mengatasi mana-mana kelemahan pembelajaran pelajar yang ditunjukan melalui analisis sistem ini.

Sejak sistem SAPS ibubapa online ini diperkenalkan penerimaan orang ramai agak baik walaupun ada sesetengah yang tidak bersetuju. Antara alasan golongan yang tidak bersetuju ini berpendapat sistem online ini terdedah kepada serangan ‘hackers’ untuk memuat turun (download) maklumat pelajar seluruh Malaysia dengan mudah dan maklumat tersebut kemudiannya digunakan dengan cara yang tidak bertanggungjawab.

Kebimbangan mengenai keselamatan butiran (data) peribadi pelajar jatuh ke tangan orang yang salah menjadi kebimbangan yang memang agak berasas. Contohnya, baru-baru ini portal tersebut telah diserang hackers dan sistem ini terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan sistem tersebut.

Sistem SAPS Ibu Bapa Login Online

Untuk menggunakan sistem SAPS IbuBapa login online layari >>> https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

Selepas anda berada di laman semakan sistem SAPS Ibubapa login online anda hanya perlu isikan maklumat-maklumat berikut:-

  • No KP / Sijil Lahir
  • Negeri
  • Daerah
  • Nama Sekolah

Selepas itu tekan perkataan ‘SEMAK‘ dan maklumat yang anda cari akan dipaparkan untuk maklumat anda.

Perlu dijelaskan di sini bahawa sebelum membuat semakan online di sistem SAPS ibu bapa sila berhubung dengan pihak sekolah anak anda untuk mengetahui bila anda boleh membuat semakan online.

Maklumat Yang Boleh Disemak Melalui SAPS Ibu Bapa Login

Sistem SAPS Ibu Bapa ini boleh digunakan untuk menyemak maklumat-maklumat berikut:-

a. Keputusan peperiksaan murid/pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6
b. Keputusan Peperiksaan murid/pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Sila ambil maklum bahawa keputusan peperiksaan utama seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh diperolehi melalui sistem semakan SAPS Ibu Bapa login online.

Maklumat Perhubungan Sistem SAPS Ibu Bapa

Jika anda mempunyai masalah untuk mengakses sistem SAPS Ibu Bapa online, anda boleh berhubung dengan pihak pengendali sistem portal ini untuk mendapatkan panduan dan bantuan.

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu: SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali pada cuti umum)
Rehat pada  1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)

Semoga perkongsian mengenai SAPS Ibu Bapa login online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Sila like dan share info ini.