Suhu Air Cond Yang Sesuai Untuk Bayi

Apakah suhu air cond yang sesuai untuk bayi? Ramai yang tanya soalan ini. Tentu sekali keselamatan dan keselesaan bayi adalah keutamaan ibubapa. bagi ibubapa yang pertama kali menimang cahaya mata, tentu anda belum mempunyai pengalaman yang banyak cara merawat dan menjaga bayi. Ramai yang mencari maklumat mengenai bahaya bayi tidur dalam aircond. Pengudaraan untuk bayi amat penting sekali untuk diberikan perhatian.

Suhu air cond yang sesuai untuk bayi

Bahaya Bayi Tidur Dalam Aircond

Kali ini kami kongsikan tips dan maklumat mengenai bahaya bayi tidur dalam aircond untuk anda. Ada ibubapa yang perlukan maklumat mengenai apakah suhu yang paling selamat untuk bilik bayi.

Untuk menjawab soalan-soalan ini ada baiknya kita rujuk penjelasan dan tips yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi dalam website beliau drzubaidi.com

Soalan

Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya beberapa soalan.

  1. Adakah bayi yang berumur setahun kebawah boleh untuk berada dalam air-conditioning yg bersuhu antara 27-30 degree celcius, memandangkan cuaca panas.
  2. Apabila bayi sentiasa berasa dalam suhu air-cond adakah boleh menjejaskan kesihatan jantung Dan paru-paru bayi?
  3. Adakah membiarkan keadaan berpeluh ketika musim panas ini baik untuk bayi?

Sekian, terima kasih..

Jawapan

WALAIKUMMUSALAM .

  1. Boleh letakkan bayi dalam bilik berhawa dingin. Cuma jangan terlalu sejuk. Untuk memudahkan puan menentukan suhu yang sesuai ialah saya berikan formula : Suhu di luar rumah tolak 5 darjah Celcius.
  2. Suhu yang terlalu sejuk dalam bilik, sudah pasti akan menjejaskan kesihatan bayi terutama bayi berusia bawah setahun. Jika tidur pastikan bayi memakai baju yang agak tebal.Namun saya tidak menggalakkan penggunaan penghawa dingin terlau lama. Jika bilik terlalu panas, puan boleh buka penghawa dingi untuk sementara, kemudian tutup. Gantikan dengan kipas untuk melancarkan perngudaraan dalam bilik.
  3. Membiarkan bayi berpeluh bukanlah sesuatu yang baik. Bayi puan tidak akan selesa. Dia mungkin mengalami ruam yang teruk. Bayi perpeluh banyak semasa tidur mungkin disebabkan oleh suhu bilik yang panas. Bukalah kipas atau gunakan penghawa dingin untuk sementara waktu.

Apakah Suhu Yang Paling Selamat Untuk Bilik Bayi Saya?

Mungkin maklumat ini bermanfaat kepada anda. Ramai ibubapa tertanya-tanya apah suhu yang selamat untuk bilik bayi. Perkongsian dari website babycenter.com di bawah mungkin bermanfaat untuk anda.

Bantu bayi anda supaya dapat tidur selamat dan nyenyak dengan menetapkan suhu biliknya di antara 24 darjah Celcius dan 26 darjah Celcius. Bayi yang terlalu panas lebih mudah sindrom bayi mati mengejut (SIDS).

Ikutilah tip-tip ini untuk memastikan bayi anda berada dalam suhu yang selamat

  • Pastikan kot bayi anda berada dalam bilik yang bebas asap rokok.
  • Jangan selimutkan bayi anda dengan lapisan yang terlalu banyak atau memakaikannya pakaian yang berlapis-lapis. Sebagai panduan, jangan sarungkan lebih banyak pakaian daripada yang anda sendiri akan pakai. Jika bayi anda di bawah usia setahun, jangan gunakan selimut tebal atau kuilt.
  • Jauhkan kot bayi anda daripada lampu, penyaman udara, kipas atau lain-lain peralatan elektrik boleh alih.
  • Jika anda fikir yang bayi anda terlalu panas, periksa perutnya. Jika perut bayi terasa panas, atau dia berpeluh, tanggalkan beberapa lapis pakaian. Namun begitu, tangan atau tapak kaki yang sejuk adalah perkara biasa.
  • Pada hari-hari yang terlalu panas, sejukkan badan bayi dengan menutup langsing dan membuka tingkap biliknya. Pada hari-hari yang terlampau panas pula, lap badannya perlahan-lahan dengan air yang suam-suam kuku

Semoga perkonsian mengenai suhu air cond yang sesuai untuk bayi ini bermanfaat kepada anda.