Syarat Kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP19

Syarat kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP19. Mungkin ramai yang berminat untuk memohon sebagai pegawai imigresen. Maklumat ini boleh dijadikan sebagai panduan/semakan kelayakan untuk anda sebelum memohon.

syarat kelayakan pegawai imigresen gred KP19

Permohonan untuk jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 boleh dibuat melalui laman portal SPA8i online.

Sebelum memohon sila semak syarat kelayakan pemohon untuk jawatan tersebut. Jika rasa anda menepati syarat sama ada secara akademik dan fizikal bolehlah mengemukakan permohonan.

Setiap tahun ada pengambilan untuk jawatan tersebut.

Syarat Lantikan Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut adalah syarat kelayakan untuk lantikan sebagai Pegawai Imigresen Gred KP19 untuk panduan anda jika ingin memohon jawatan ini.

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
  2. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    4. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
    5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jadual Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut ialah jadual gaji untuk Pegawai Imigresen Gred KP19 sepertimana yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang juga disiarkan di dalam portal rasmi mereka.

  • Gaji Minimum: RM1,360.00
  • Gaji Maksimum: RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

Deskripsi Tugas Dan Peranan Pegawai Imigresen KP19

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Semoga perkongsian mengenai syarat kelayakan Pegawai Imigresen gred KP19 ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.