Syarat Permohonan Dana Raya Terengganu 2019 Online

Syarat permohonan Dana Raya Terengganu 2019 online dan senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon. Jika anda adalah warga negeri Terengganu, anda boleh membuat semakan kelayakan untuk memohon Dana Raya Terengganu. Permohonan boleh dibuat melalui online.

Sila teruskan membaca untuk maklumat lebih terperinci di bawah.

Sistem Agihan Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu telah dibangunkan utntuk mengurus semua permohonan bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat.

Bantuan-bantuan yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti Bantuan Perayaan, Program Remaja Bakti, Bantuan Persekolahan akan diselaraskan di bawah satu pangkalan data bersepadu kerajaan negeri.

Sistem permohonan dana raya terengganu online

Objektif utama manual pengguna bagi modul Permohonan Online iDanaTTB ini disediakan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pemohon yang layak membuat permohonan sendiri secara online menggunakan Sistem Agihan Bantuan yang menggantikan penggunaan borang permohonan manual sebelum ini.

Baca: Program Bantuan Lesen Motorsikal Percuma 2019 iDANA Terengganu.

Syarat Permohonan Dana Raya Terengganu Mengikut Kategori

Terengganu ada menyediakan dana bantuan untuk 6 kategori seperti yang disenaraikan di bawah. Sila buat semakan syarat kelayakan untuk memohon dana-dana bantuan tersebut. Jika layak anda boleh terus membuat permohonan.

A. Dana Raya (IBU TUNGGAL)

Syarat Kelayakan untuk Dana Raya untuk kategori Ibu Tunggal / duda adalah seperti berikut:

1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di NegeriTerengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK kawasan masing-masing).

2. Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.

3. Borang Permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan dokumen berikut:
i. Kad Pengenalan ii. Surat Cerai
iii. Surat Mati Suami / Isteri iv. Slip Gaji

4. Bagi pemohon yang tidak mempunyai Slip Gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim.

5. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.

B. Dana Raya (OKU)

Syarat kelayakan permohonan untu dana bantuan untuk kategori Orang Kurang Upaya (OKU) adalah seperti berikut:

1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK kawasan masing-masing).

2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan dokumen berikut:
i. Kad Pengenalan
ii. Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Jabatan Kebajikan
Masyarakat atau;
iii. Surat Pengesahan Rawatan Doktor (dalam kes mental) atau;
iv. Surat Pengesahan Pengerusi JKKK (sekiranya tidak
berdaftar sebagai OKU).

Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.

C. Dana Raya (WARGA EMAS)

Syarat permohonan untuk dana bantuan untuk kategori Warga Emas adalah seperti berikut:

1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK kawasan masing-masing).

2. Pemohon hendaklah berusia 65 tahun dan ke atas. Bagi pasangan yang juga berusia 65 tahun dan ke atas, perlu memohon secara berasingan.

3. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan kad pengenalan.

4. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.

D. Dana Raya (ORANG MISKIN)

Syarat kelayakan memohon dana bantuan untuk kategori Orang Miskin. Sila semak senarai kelayakan untuk memohon dana untuk kategori ini.

1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK kawasan masing-masing).

2. Pemohon adalah dibuka kepada yang telah berkahwin dengan jumlah pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah (Pemohon) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.

3. Pemohon yang belum berkahwin dan berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.

4. Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen adalah tidak layak memohon.

5. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan dokumen berikut:
i. Kad Pengenalan Pemohon dan
Kad Pengenalan/Surat Beranak Tanggungan
ii. Slip Gaji atau Slip Pencen terkini iii. Salinan Surat Nikah

6. Bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK.

7. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

8. Bagi pemohonan yang telah berkahwin WAJIB mengisi maklumat Isi Rumah (Tanggungan termasuk maklumat pasangan). Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.

E. Dana Raya (BAKTI REMAJA –SEMUA KATEGORI)

Syarat kelayakan untuk permohonan dana bantuan untuk kategori Bakti Remaja (semua kategori). Sila semak syarat-syarat kelayakan memohon di bawah:

1. Pemohon perlu mengisi kembali borang secara atas talian @ online.

2. Berumur di antara 21 hingga 40 tahun. Belum berkahwin (bujang) pada tarikh permohonan dibuat.

3. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun).

4. Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM2,000.00 sebulan (berdasarkan gaji pokok).

5. Pemohon terlibat dalam salah satu badan sukarela di Negeri Terengganu.

6. Pemohon hendaklah memberi khidmat sukarela kepada JKKK, Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.

7. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan dokumen sebagaimana berikut :
i) Kad Pengenalan Pemohon
ii) Slip gaji atau
iii) Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim.

F. Dana Raya ( BANTUAN PERSEKOLAHAN)

Syarat kelayakan memohon dana bantuan untuk kategori Bantuan Persekolahan. Sila semak syarat-syarat di bawah untuk panduan anda.

1. Pemohon boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain. Pemohon hendaklah Ketua Isi Rumah.

2. Jumlah pendapatan pemohon tidak melebihi RM2,500.00 sebulan.

3. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

4. Pemohon hanya layak memohon untuk 2 orang anak yang bersekolah di Negeri Terengganu sahaja dan umur anak di antara 7 hingga 17 tahun pada tahun ini (2018).

5. Pemohon yang layak akan menerima sebanyak RM100.00 bagi setiap orang anak.

6. Borang Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan dokumen berikut :-
i. Kad Pengenalan Pemohon ii. Slip Gaji terkini atau;
iii. Slip Pencen

Nota: Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

Cara Memohon Dana iDANATTB (Dana Raya) Online

Permohonan boleh dibuat melalu online. Permohonan akan melalui proses kerja seperti dalam gambar di bawah.

Langkah 1 : Semakan

Semakan dibuat dengan menggunkan No. Kad Pengenalan pemohon.

Langkah 2 : Pilihan Bantuan

Semua bantuan yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja.

Langkah 3 : Syarat Kelayakan

Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.

Langkah 4 : Mohon

Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda * . Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib disisi).

Langkah 5 : Pengesahan

Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.

Langkah 6 : Cetak Permohonan

Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan menyerahkannya kepada JKKK untuk dibuat pengesahan.

JKKK berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. JKKK akan membuat pengesahan Akuan Terima permohonan dan menyerahkan slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan.

Untuk membuat permohonan Dana Raya (iDANATTB) secara online layari >>> Permohonan Online iDANATTB

Download: Panduan Permohonan Dana Raya Terengganu

Hubungi iDANATTB

Jika anda memerlukan maklumat lanjut dan terperinci anda bole menghubungi pihak BESCOMM yang terdekat dengan kawasan anda.

Sila layari senarai alamat perhubungan Pusat BESCOMM di seluruh Negeri Terengganu

Semoga perkongsian maklumat mengenai syarat permohonan Dana Raya Terengganu -iDANATTB ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan di Negeri Terengganu yang lain.