Tarikh Dan Lokasi Tengok Anak Bulan Puasa Ramadhan

Tarikh dan lokasi tengok anak bulan puasa Ramadhan. Bulan Ramadhan 2019 akan menjelang tidak lama lagi. 1 Ramadhan adalah permulaan bulan puasa untuk orang muslim. Tahun ini tarikh melihat anak bulan telah ditetapkan.

Sepanjang bulan Ramadhan juga banyak restauran dan hotel yangĀ  ada buffet Ramadhan terutama hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain untuk sesi berbuka puasa.

Kepada yang belum membayar Zakat Fitrah, bolehlah berbuat demikian. Sila rujuk kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri untuk rujukan dan panduan anda.

Pengumuman bermula bulan puasa akan diumumkan pada hari itu juga setelah upacara melihat anak bulan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara.
lokasi tengok anak bulan ramadhan
Pengumuman akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui siaran TV (RTM) dan Radio.

Lokasi Tengok Anak Bulan Puasa Ramadhan

Lokasi-lokasi tertentu telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadhan 2019. Lokasi-lokasi ini ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan. Di Malaysia 29 lokasi telah ditetapkan untuk melihat anak bulan.

Sila rujuk gambar di bawah.

Diharapkan perkongsian tarikh dan tempat tengok anak bulan puasa Ramadhan 2019 ini bermanfaat kepada anda.