Kemaskini BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Rakyat MyBSH Ogos

Kemaskini BSH 2019 dan semakan status pembayaran Mei dan Ogos melalui portal MyBSH.  Proses kemaskini boleh dibuat secara online atau di kaunter BSH/LHDN yang terdekat dengan anda.

Penerima bantuan adalah dikehendaki melakukan proses kemaskini permohonan. Ini untuk membolehkan anda terus menerima bantuan.

Untuk makluman anda proses kemaskini dan rayuan BSH untuk pembayaran Fasa 3 telah ditutup pada 15 Ogos 2019. Jika anda belum mengemaskini, terpaksalah menunggu proses tersebut dibuka kembali.

Untuk jadual pembayaran BSH Fasa 3 tahun 2019 sila rujuk di sini

Portal MyBSH di bahagian kemaskini akan diaktifkan pada masa-masa tertentu supaya penerima BHS dapat membuat kemaskini maklumat terkini mereka.

tarikh kemaskini BSH 2019 online

Dahulunya bantuan ini dikenali sebagai BR1M tetapi telah dijenamakan semula oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH). Selepas itu berberapa perubahan seperti jumlah bantuan dan kategori yang layak memohon bantuan dibuat. Seperti tahun-tahun sebelumnya setiap tahun pemohon dikehendai mengemaskini maklumat mereka untuk membolehkan anda terus dapat menerima bantuan.

BSH FASA 3 Ogos

Pembayaran BSH untuk Fasa 3 dijadualkan akan dibuat pada 28 Ogos 2019. Sila buat semakan status permohonan BSH anda.

Pembayaran BSH Fasa 2 Mei selesai dilaksanakan kecuali penerima yang telah memberikan maklumat perbankan yang tidak tepat semasa memohon.

Pembayaran Fasa 2 Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 untuk kira-kira 300,000 penerima tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun penerima kerana nombor akaun yang didaftarkan tidak tepat.

Antara kes yang berlaku contohnya ialah penerima BSH adalah suami tetapi nombor akaun yang didaftarkan adalah nama isteri.

KEMASKINI BSH 2019

Pemohon yang ingin membuat kemaskini BSH 2019 boleh berbuat demikian secara online dan juga manual. Panduan di bawah adalah sebagai rujukan awal untuk anda. Sila ambil maklum perkara-perkara berikut seperti yang tersenari di bawah sebagai panduan dan rujukan anda.

  1. Pemohon berstatus warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang telah menerima pembayaran BSH Fasa Pertama 2019 tidak perlu membuat kemaskini melainkan terdapat perubahan maklumat. Maklumat sedia ada akan digunakan untuk proses permohonan anda.
  2. Pemohon yang berumur dibawah 60 tahun perlu kemaskini permohonan walaupun anda telah menerima bayaran bantuan BSH Fasa Pertama. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan permohonan BSH 2019 anda tidak akan diproses dan pembayaran Bantuan Sara Hidup anda tidak akan dibuat oleh kerajaan. Anda perlu membuat kemaskini perkara-perkara berikut:-
    • Melaporkan maklumat terkini dan mengikut syarat kelayakan BSH 2019 yang telah ditetapkan.
    • Melaporkan maklumat anak (sekiranya ada).
    • Mengemukakan dokumen sokongan yang telah ditetapkan.
  3. Pemohon yang telah diluluskan BSH 2019 dan telah menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 perlu membuat kemaskini permohonan walaupun maklumat yang didaftarkan sebelum ini tidak mengalami perubahan.

A. Cara Kemaskini BSH Secara Online

Untuk lebih memudahkan anda, proses kemaskini boleh dibuat secara online. Anda hanya perlu melayari portal MyBSH untuk mengemaskini BSH 2019. Layari link di bawah.

LINK: Aplikasi Online MyBSH

Proses

  1. Klik pada gambar butang MyBSH
  2. Selepas itu masukan No Kad Pengenalan (MyKAD) anda yang telah didaftarkan dan klik butang SEMAK
  3. Selepas itu anda dikehendaki memohon No. TAC dengan menekan butang MOHON TAC. (SMS No. TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan sebelum ini. Perlu diingat bahawa No. TAC terebut sah digunakan selama 6 jam sahaja)
  4. Masukkan No. TAC yang anda terima ke phone anda dan klik butang HANTAR
  5. Selepas itu anda akan dibawa ke paparan seterusnya di mana pemohon boleh membuat cetakan, semakan, kemaskini dan membaca peti email. (Pada peringkat ini anda dinasihatkan untuk mencetak salinan maklumat yang telah dikemaskini untuk rujukan)
  6. Tekan butang KEMASKINI – dalam menu, anda boleh membuat kemaskini maklumat sekiranya anda telah menghantar dan menyimpan permohonan secara dalam talian. Sekiranya tindakan telah diambil oleh cawangan, anda tidak boleh lagi membuat proses kemaskini permohonan tersebut setelah dihantar secara online kecuali pemohon hanya boleh menyimpan permohonan tersebut. Untuk mengemaskini permohonan yang telah diambil tindakan oleh cawangan, pemohon perlu hadir di mana-mana cawangan LHDNM untuk membuat kemaskini secara manual.
  7. Maklumat Pemohon. (Sila ambil perhatian untuk lengkapkan maklumat di bawah)(a) Isikan Nombor MyKad Pemohon Dan Tekan Butang “SEMAK”.
    (b) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
    (c) Isikan Nombor Poskod Pemohon.
    (d) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon.
    (e) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    (f) Pilih Status Perkahwinan Pemohon:
    – Kahwin.
    – Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Dan mempunyai Anak.
    – Warga Emas (Sebatang Kara) – 60 Tahun Ke atas.
    (g) Pilih Anggaran Pendapatan Kasar Bulanan
    – RM0 – 1,000
    – RM1,001 – 2,000
    – RM2,001 – 3,000
    – RM3,001 – 4,000
  8. 8. Status Perkhawinan Pemohon(a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan:
    – No.MyKad / MyPR / MyKAS.
    – No. KP Lama / Sijil Lahir.
    – No. Pasport.
    (b) Masukkan Nombor Mykad / MyPR MyKAS /Nombor Kad Pengenalan Lama / Sijil Lahir /Nombor Pasport.
    (c) Pilih Jantina Pasangan.
    (d) Pilih Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan:
    RM 0 – 1,000
    RM 1,001 – 2,000
    RM 2,001 – 3,000
    3,001 – 4,000
    (e) Masukkan Tarikh Perkahwinan Pemohon Dan Pasangan
  9. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu/ Janda / Duda Dan Mempunyai Anak
    -Untuk status seperti di atas, pemohon perlu memilih jenis status pasangan anda (Perceraian atau Kematian Pasangan) dan pastikan anda mengisi tarikh kematian/perceraian.
  10. 10. Maklumat Anak – Lengkapkan bahagian ‘Maklumat Anak’ seperti:-
    – Isikan nombor MyKAD/MyKid anak
    – Isikan nama dan umur anak
    – Status anak (anak kandung / anak angkat)
    Nota: Anak terhad 4 orang sahaja untuk diisi.
  11. Maklumat Bank Anda – Lengkapkan maklumat bank:-
    – Pilih akaun bank yang masih aktif
    – Masukkan nombor akaun bank
    Nota: Jika anda tiada maklumat bank, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun untuk tujuan penerimaan bantuan tertakhluk kepada terma dan syarat.
  12. Dokumen Sokongan – Pemohon perlu memilih jenis ‘dokumen sokongan’ yang ingin dimuat naik sama ada sijil khawin/sijil cerai/sijil lahir anak dan klik butang ‘MUAT NAIK’
  13. Maklumat Waris – lengkapkan ruangan ‘Maklumat Waris’ seperti di bawah :-
    (a) Pilih Jenis Pengenalan Diri Waris:-
    – No. MyKad / MyPR / MsKAS / MyKID
    – No. Kad Pengenalan Lama
    – Sijil Lahir
    – No Pasport(b) Isikan Nombor MyKad / MyKid / Sijil Lahir / Passport
    (c) Isikan Nama Penuh Waris
    (d) Pilih Hubungan Pemohon Dengan Waris (pasangan / ibubapa / anak / Adik-beradik / cucu)
    (e) Isikan Nombor Telefon Waris
  14. Isi ‘ Kod CAPTHA’ seperti yang dipaparkan dan klik butang ‘SAHKAN CAPTCHA’
  15. Pengesahan Pengenalan – Anda akan dibawa ke paparan berikutnya menunjukan Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan pemohon serta pengakuan untuk anda ‘Tick’ sebelum proses penghantaran kemaskini online dibuat. Sila ‘Tick’ pada kotak yang disediakan untuk ke paparan seterusnya
  16. Di paparan seterusnya klik pada butang ‘Hantar’ pemohon telah selesai melengkapkan semua butiran yang diperlukan.

B. Kemaskini BSH Secara Manual

Selain proses kemaskini BSH secara online, pemohon juga sebenarnya boleh mengemaskini permohonan mereka secara manual dengan mengisi borang di mana-mana cawangan / pisat khidmat hasil / Urban Transformation Centre (UTC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang terdekat dengan anda.

Anda juga boleh download borang kemaskini BSH 2019 dari portal rasmi BSH sebaik sahaja disediakan/diaktifkan.

Tarikh permohonan Rayuan BSH Fasa 3 telah dikeluarkan. Layari Permohonan Rayuan BSH 2019

MAKLUMAT DAN PERTANYAAN

Jika anda masih mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 anda boleh rujuk kepada maklumat yang disediakan khas di bawah.

ATAU

Hubungi mana-mana yang di bawah:

1. Sekretariat MOF

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BSH LHDNM

BSHR – 1-800-88-2747 (Waktu operasi 9.00 pagi hingga 5.00 petang)

3. Hotline MOF

Hotline MOF 03-8882 3933

4. Faksmili MOF

Faks 03-8882 3933

5. Portal Rasmi BSH

Website: https://bsh.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian mengenai tarikh kemaskini BSH 2019 online Bantuan Sara Hidup Rakyat MyBSH ini bermanfaat kepada anda.