Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 28 Ogos 2019

Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 akan dibuat bermula Ogos 2019 ini. Demikian menurut laporan terbaru yang di keluarkan oleh pihak LHDN baru-baru ini. Penerima BSH yang berjaya akan mula menerima pembayaran bermula pada tarikh di atas.

Tarikh pembayaran untuk BSH Fasa 3 dijangka akan dibuat pada 28 Ogos 2019 nanti yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.23 bilion untuk hampir 3.6 juta penerima. Semua proses kemaskini dan rayuan telah ditutup pada 15 Ogos lepas.

Untuk pengetahuan anda semua penerima BSH akan secara automatik layak untuk Skim Perlindungan Kesihatan MySalam dan juga program dekoder MyTV percuma.

Pembayaran Fasa 2 Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 untuk kira-kira 300,000 penerima tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun penerima kerana nombor akaun yang didaftarkan tidak tepat.

Antara kes yang berlaku contohnya ialah penerima BSH adalah suami tetapi nombor akaun yang didaftarkan adalah nama isteri.

Harap-harap benarlah seperti yang diumumkan dan penerima BSH boleh memanfaatkan bantuan itu.

tarikh pembayaran BSH Fasa 2

Semakan Status Bantuan Sara Hidup Online

Kepada anda yang ingin membuat semakan status permohonan/BSH anda, bolehlah membuat semakan di laman portal bsh.hasil.gov.my.

Pembayaran BSH Fasa 1 telah dibuat pada bulan Januari kepada semua penerima. Manakala pembayaran Fasa 2 dan 3 akan dibuat pada bulan Mei dan Ogos tahun ini.

Syarat Kelayakan BSH

Terdapat syarat kelayakan BSH yang perlu pemohon patuhi untuk memohon BSH. Terkini portal rasmi Bantuan Sara Hidup telah mengeluarkan syarat kelayakan permohonan BSH 2019 seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
  • Hubungan anak mestilah:
    • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
    • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
    • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
    • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
    • OKU

Cara Pembayaran BSH

Pembayaran BSH Fasa 3 akan dibayar terus ke akaun penerima bantuan. Penerima bantuan yang tidak memiliki akaun bank, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan buka satu akaun untuk anda.

Sila semak senarai bank yang boleh digunakan untuk menerima pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 2 dan 3 nanti.

SENARAI NAMA BANK
1. AFFIN BANK
2. AGRO BANK
3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4. AM BANK BERHAD
5. AL RAJHI BANK
6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7. BANK RAKYAT
8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9. BANK SIMPANAN NASIONAL
10. CIMB BANK BERHAD
11. CITIBANK BERHAD
12. HONG LEONG BANK
13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14. MAYBANK
15. OCBC BANK
16. PUBLIC BANK BERHAD
17. RHB BANK BERHAD
18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Tarikh Pembayaran BSH Bulan Mei & Ogos

Tarikh pembayaran BSH Fasa 1, 2 dan 3 akan diumumkan dari masa ke semasa oleh pihak kerajaan. Untuk sesi tahun 2019 pembayaran Fasa 1 & 2 telah dilaksanakan sepenuhnya. Sekarang tinggal pembayaran untuk BSH Fasa 3 sahaja kepada penerima yang berjaya.

Jumlah Pembayaran BSH Fasa 2 & 3 2019

Berikut adalah jadual pembayaran mengikut kelayakan pemohon untuk Fasa 2 & 3 2019 baru-baru ini.

Maklumat Lanjut

Jika anda perlukan maklumat lanjut anda boleh berhubung terus dengan pihak BSH di talian hotline 1-800-88-2747

Semoga perkongsian mengenai tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 ini bermanfaat kepada anda.