Biasiswa Hong Leong 2019 Online

Biasiswa Hong Leong 2019 Bank Foundation dan anda boleh membuat permohonan secara online. Mungkin anda sudah biasa mendengar nama Hong Leong Bank salah sebuah bank yang terbesar di Malaysia. Setiap tahun Hong Leong Foundation akan membuka tawaran biasiswa untuk pelajar-pelajar yang memerlukan dan layak.

Untuk info mengenai tawaran biasiswa yang lain sila layari senarai biasiswa terkini Malaysia.

Biasiswa ini lebih dikenali sebagai Hong Leong Foundation Scholarship (HF Scholarship) dan biasanya mambuka peluang kepada pelajar untuk memohon sekitar bulan Mei setiap tahun.

Maklumat mengenai tawaran biasiswa ini kami dapat dari blog Pendidikan Malaysia yang menerangkan dengan terperinci panduan memohon biasiswa ini. Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layar blog tersebut untuk maklumat tambahan.

Tawaran biasiswa Hong Leong Bank

Kelayakan Memohon Biasiswa Hong Leong Bank

Biasiswa Hong Leong membuka tawaran ini kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, UEC dan juga STPM / Matriculation / A-Level / Asasi / Diploma / Ijazah: PNGK Minimum 3.5 untuk memohon.

Sila rujuk pecahan kelayakan minimum yang dipelawa memohon di bawah:-

  • SPM: 8As Minimum
  • UEC: 6As Minimum
  • STPM / Matriculation / A-Level / Asasi / Diploma / Ijazah: PNGK Minimum 3.5

Semua bentuk pengajian yang diikuti oleh pelajar mestilah berstatus ‘Sepenuh Masa/Full-Time’ di mana-mana institut pengajian yang diiktiraf oleh KPT dan Malaysian Qualification Agency (MQA).

Ini bermaksud pelajar yang bukan sepenuh masa (part-time student atau distance learning/PJJ) adalah tidak layak untuk memohon tawaran biasiswa Hong Leong ini.

Bidang Kursus Yang Ditawarkan Biasiswa Hong Leong Foundation

Selain dari kelayakan minimum sepertimana yang telah diterangkan di atas, biasiswa ini juga hanya ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti bidang kursus tertentu sahaja.

Jika anda mengikuti bidang kursus selain dari yang tersenarai di bawah, besar kemungkinan permohonan anda tidak akan dipertimbangkan.

Sila semak senarai kursus di bawah untuk memudahkan anda menentukan sama ada anda patut memohon atau tidak.

Bidang kursus yang layak memohon HF Scholarship ialah:-

1. Perakaunan & Perniagaan.
2. Art & Komunikasi.
3. Komputer & Multimedia.
4. Education & Bahasa.
5. Engineering & Architecture.
6. Environmental & Marine.
7. Hospitaliti & Pelancongan.
8. Malaysia & Kemanusiaan.
9. Maths, Sains & Teknologi.
10. Medicine.
11. Kesihatan & Sains.

Jika dilihat senarai ini kelihatan ada 11 bidang kursus yang ada memang agak luas dan banyak. Jika anda mengikuti salah satu bidang kursus pengajian di peringkat degree programme anda boleh cuba memohon.

Jumlah Tajaan Yang Ditawarkan

Biasiswa Hong Leong ini menawarkan jumlah tajaan mengikut seperti pecahan di bawah. Terdapat perbezaan jumlah antara IPTA dan IPTS.

Ini mungkin kerana yuran pengajian di IPTA jauh lebih murah berbanding dengan yuran pengajian di IPTS.

Sila rujuk senarai pecahan jumlah tajaan yang ditawarkan seperti di bawah:-

  • Degree di IPTA- RM 8,500 setahun
  • Diploma/Diploma Lanjutam Di IPTA – RM 6,000 setahun
  • Degree di IPTS- sehingga 24,000 setahun
  • Kursus Perubatan / Pergigian di Universiti Swasta tempatan – sehingga RM 32,000 setahun

Cara Memohon

Selepas membaca semua info tersebut dan anda masih berminat untuk memohon biasiswa ini, anda boleh teruskan niat untuk mencuba nasib memohon biasiswa ini.

Untuk memohon biasiswa ini layari >>> Download Hong Leong Scholarship Application Form

Hong Leong Scholarship Interview

Selepas membuat permohonan, Hong Leong Foundation akan menapis semua permohonan yang diterima. Hanya pelajar yang disenarai pendek (shortlisted) yang akan dipanggil untuk mengikuti sesi interview. Jika anda mendapat peluang dan dipanggil untuk menghadiri temuduga biasiswa, inilah masanya anda menunjukkan kebolehan dan kualiti anda.

Gagal atau berjaya permohonan anda biasanya bergantung kepada hasil temuduga biasiswa tersebut. Sediakan diri anda dengan membaca tips menghadapi temuduga biasiswa kerajaan/swasta ini.

Semoga perkongsian mengenai biasiswa Hong Leong Bank permohonan online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini di FB anda supaya rakan-rakan anda juga mengetahui maklumat ini.