Tindakon Dazang Beach Resort Kudat Info Penting Untuk Pelawat

Tindakon Dazang Beach Resort Kudat info untuk pelawat. Untuk segment pelancongan kali ini kami ingin kongsikan Tindakon Dazang beach resort atau sering kali juga dipanggil Tindakon Dazang beach longhouse yang terletak di Kg. Terongkongan Kudat.

Tindakon Dazang Beach Resort Long House Kudat

Tempat ini adalah destinasi yang wajib anda lawati jika anda ke Kudat. Pantai Tindakon Dazang ini memang memiliki pemandangan yang indah, pantai yang bersih dan panjang sesuai untuk semua kegiatan riadah dan sukan. Terdapat rumahpanjang (longhouse) yang boleh anda tempah untuk penginapan.

Tindakan Dazang beach resort ini pastinya akan terus berkembang dan kemungkinan hotel dan resort besar bakal mewarnai landskap kawasan ini kelak.

Tindakon Dazang Beach Kudat

Tindakon Dazang beach resort di Kudat ini adalah kawasan peranginan bertemakan budaya kaum Rungus yang tinggal di wilayah utara Sabah. Jika anda melawat Kudat, ambillah sedikit masa anda mengunjungi tempat ini, tentu anda akan merasa teruja dengan keindahan pantai Tindakon Dazang dengan pantai yang bersih, panjang dan juga air laut yang biru.

Merancang untuk menginap di pantai Tindakon Dazang, penginapan bercirikan budaya Rungus iaitu rumah panjang Rungus (Rungus Longhouse) tersedia untuk anda.

Restaurant di atas tasik/lagoon bersebelahan dengan Rungus Longhouse untuk menjamu selera juga ada untuk tempahan makanan dan minuman. Jika anda bernasib baik, mungkin ada fresh seafood yang sedia untuk dimasak untuk anda.

Jika anda tidak menginap/tinggal di Rungus anda boleh menikmati suasana pantai untuk berkelah, beriadah atau mandi laut, anda boleh masuk dengan sedikit bayaran (entrance fee) Sila rujuk senarai harga di bawah.

Harga Penginapan di Tindakon Dazang Beach Resort

Tindakon Dazang Beach Resort Rate

Entrance Fee : RM2 adult, RM1 children (for walk-in visitor only)

Walk-in rate:

1. Accommodation (Long House): RM 65.00/Night (2 pax/room)
*Service Charge RM 5.00/pax [late notice]

2. Food & Beverage
Lunch RM 15.00
Dinner RM 15.00
Breakfast RM 8.00
*upon requests

Reservation:

1. Accommodation (Long House) : RM60/night (2pax/room)
2. Food & Beverage
Lunch RM 15.00
Dinner RM 15.00
Breakfast RM 8.00
*upon requests

Nota: Ada baiknya anda booking hotel/resort sebelum datang kerana ianya lebih murah jika ditempah awal.

Maklumat Perhubungan

Seperti yang telah disebut tadi, tempahan awal digalakkan untuk mendapatkan harga penginapan yang lebih murah dan mengelakkan anda tidak mendapat/kehabisan tempat. Di bawah adalah maklumat perhubungan Tindakon Dazang Beach Resort yang boleh anda gunakan.

Kg. Terongkongan P/S 392
Kudat 89058
Tel:019-803 1210
Webpage: https://web.facebook.com/TindakonDazang?_rdc=1&_rdr

Anda juga boleh membuat tempatan hotel (hotel booking) di kawasan sekitar berdekatan dengan Pantai Tindakon Dazang melalui Trivago, Agoda dan juga Booking.com. Enjoy your visit and stay with Tindakon Dazang Beach Resort.