Cara Top Up OneXOX Prepaid Secara Online

Cara top up OneXOX Prepaid secara online untuk panduan para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka. Nampak gaya semakin ramai yang telah beralih kepada XOX dari perkhidmatan telekomunikasi yang lain.

Ini besar kemungkinan kerana tawaran perkhidmatan OneXOX yang menarik dan sesuai dengan pelan dan gaya hidup pengguna terutama connectivity online dan juga talktime.

TopUp OneXOX online

Kelebihan OneXOX ialah anda boleh carry forward (bawa ke bulan berikutnya) atau mereka panggil ‘Burn Proof’ data internet dan airtime anda. Atas faktor ini jugalah saya sendiri berhijrah dari pelanggan tegar DiGi kepada OneXOX sekarang ini. Kerana ianya lebih sesuai kepada saya.

Keperluan setiap individu untuk internet dan airtime tidak sama. Ada yang lebih kepada melayari internet dan ada yang lebih selesa berhubung secara panggil terus.

Setakat ini perkhidmatan OneXOX agak memuaskan dan memenuhi keperluan saya setiap bulan. Malah data internet terkumpul sudah agak banyak. Bolehlah berinternet tanpa had.

Top Up OneXOX Mudah Secara Online

Ramai yang memilih cara online untuk topup prepaid XOx mereka. Ini kerana anda boleh melakukannya dari rumah dan pada bila-bila masa.

Tak perlu buang minyak kereta/motor atau tenaga ke kedai beli topup.

Top Up XOX Prepaid

Sebenarnya ada berberapa cara yang boleh digunakan untuk onexox prepaid atau onexox Black secara online.

  1. Gunakan selfcare XOX
  2. Mintak dealer onexox topupkan (Whatsapp O1O6OO9966)
  3. Online banking (Maybank, Bank Islam dan BSN)
  4. Topup guna Onexox Fast

Topup Melalui Selfcare OneXOX

Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini selepas mendaftarkan akaun di laman portal XOX Web Selfcare. Anda boleh gunakan portal ini untuk topup nombor sendiri dan juga nombor orang OneXOX orang lain.

OneXOX selfcare

Topup OneXOX menggunakan portal Selfcare OneXOX ini senang kerana pembayaran boleh menggunakan online banking Maybank2u, CIMBClicks, dan semua bank yang mempunyai perkhidmatan online banking.

Selfcare OneXOX ini boleh juga digunakan untuk pantau call log, call duration, sms out dan belikan data internet untuk orang lain. Ada banyak perkhidmatan yang ditawarkan di portal tersebut.

Minta Dealer Tolong TopUp OneXOX Anda

Cara ini kita selalu guna bila mana akaun OneXOX kita itu dilanggan melalui kawan baik sendiri. Bila kita minta dealer topupkan mereka akan mendapat komisyen dari jumlah transaksi.

Cara ini kita bagi business/perniagaan kepada kawan-kawan. Cara ini juga adalah cara yang paling popular.

Bila kita nak topup kita contact/whatsapp sahaja dealer dan minta dia topupkan, tentu sekali kenalah bayar lepas topup tu.

Topup Guna Online Banking

Topup OneXOX guna online banking ini sama sahaja seperti anda top up maxis, DiGi dan Xpax anda selama ini.

Setakat ini online banking yang menyediakan perkhidmatan ini ada di Maybank, BSN dan Bank Islam.

Salah satu kebaikan OneXOX ialah anda boleh kekalkan nombor sedia ada yang anda miliki. Kalau beralih ke nombor baru nanti menyusahkan lagi kena inform kawan-kawan nombor baru kita. Orang yang nak menghubungi kita pun terputus hubungan jika guna nombor baru.

Semoga perkongsian ini topup OneXOX secara online ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini kepada rakan-rakan anda.