Wang Pendahuluan PTPTN 2019 RM1500 Ke IPTA Untuk Pelajar

Wang Pendahuluan PTPTN 2019 RM1500 sebelum ke IPTA untuk pelajar Malaysia. Pelajar yang ada memohon ke IPTA melalui UPU boleh buat semakan Wang Pendahuluan PTPTN (WPP) melalui laman portal rasmi PTPTN.

Pelajar boleh buat semakan WPP 2019 di link yang diberi di bawah.

Pendahuluan WPP

Sila ambil perhatian pelajar yang menyambung pengajian di peringkat sijil politeknik tidak layak mendapat WPP.

Semakan Wang Pendahuluan PTPTN

Pelajar boleh membuat semakan melalui link di bawah. Anda perlukan nombor MyKad anda untuk membuat semakan WPP online. Sila klik button/butang di bawah untuk membuat semakan online.

Semakan WPP

Untuk makluman anda Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
  2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
  3. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);
  4. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
  5. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.

* Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PTPTN bagi memastikan pelajar layak menerima WPP membuat permohonan pinjaman PTPTN.

Kaedah Menunaikan WPP

  1. Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN.
  2. Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.
  3. Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
    1. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN
    2. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
  4. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

Sekirangan pelajar menolak bantuan WPP, anda tidak perlu menunaikan waran tersebut.

Sekiranya ianya telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tamat waran tersebut.

Kadar faedah (Ta’wid) iaitu sebanyak 1% dikenakan ke atas baki WPP yang belum dibayar bermula bulan ke-7 dari tarikh tamat waran.

Semoga perkongsian mengenai semakan dan permohonan wang pendahuluan PTPTN 2019 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.